Friday, May 1, 2026
HomeLUAR NEGARA133 Mati Akibat Kebuluran, Termasuk 87 Kanak-Kanak Di Gaza

133 Mati Akibat Kebuluran, Termasuk 87 Kanak-Kanak Di Gaza

ISTANBUL – Pihak berkuasa tempatan di Gaza pada Ahad memaklumkan hanya 73 trak bantuan dibenarkan masuk ke wilayah itu dalam tempoh 24 jam lalu, di tengah-tengah krisis kebuluran yang semakin memburuk akibat sekatan berbulan-bulan Israel, lapor Anadolu Ajansi.

Dalam satu kenyataan, Pejabat Media Kerajaan Gaza memaklumkan krisis kemanusiaan kini berada pada tahap yang belum pernah berlaku sebelum ini, dengan sekurang-kurangnya 133 kematian akibat kebuluran termasuk 87 kanak-kanak sejak bermulanya perang genosid oleh Israel.

Pihak berkuasa menuduh Israel sengaja mencetuskan kekacauan dan kebuluran dalam wilayah itu.

“Kebuluran kini merebak pada kadar yang membimbangkan dan menjejaskan seluruh penduduk Gaza, termasuk 1.1 juta kanak-kanak,” menurut kenyataan itu.

Walaupun beberapa kerajaan dan organisasi antarabangsa mengumumkan rancangan untuk menghantar ratusan trak bantuan ke Gaza, kenyataan itu memaklumkan bahawa hanya 73 buah trak yang sampai, malah sebahagiannya dilaporkan telah dirompak atau disekat di bawah pemantauan Israel.

Pejabat media turut mendedahkan bahawa tiga penghantaran bantuan melalui udara telah dibuat ke Gaza, namun jumlah keseluruhan muatan hanya bersamaan dengan dua buah trak.

Lebih membimbangkan, bantuan udara dijatuhkan ke kawasan bertanda “zon merah” iaitu zon pertempuran aktif dalam peta tentera Israel yang tidak dapat diakses dengan selamat oleh orang awam.

“Apa yang sedang berlaku ini adalah satu sandiwara,” kata pejabat itu sambil menuduh masyarakat antarabangsa bersekongkol melalui “janji palsu” dan “maklumat mengelirukan”.

Sumber – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Biar Mereka Yang Berbakat’ – Amira Othman Bersara Berlakon

0
KUALA LUMPUR – Atas alasan mahu fokus terhadap kerjaya nyanyian dan keluarga, penyanyi Amira Othman membuat pengumuman mahu berundur daripada arena lakonan. Begitupun Amira atau...

CATEGORIES