Thursday, November 13, 2025
HomeLUAR NEGARA11 Kakitangan Dan 30 Pelajar UNRWA Terkorban Di Gaza

11 Kakitangan Dan 30 Pelajar UNRWA Terkorban Di Gaza

NEW YORK – Sekurang-kurangnya 11 kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di samping 30 pelajar beberapa buah sekolah PBB  di Semenanjung Gaza terbunuh  sejak pejuang Hamas melancarkan serangan ke atas Israel, kata seorang jurucakap semalam.

“11 kakitangan UNRWA terbunuh sejak Sabtu lalu,”  jurucakap berkenaan, Stephane Dujarric memberitahu pemberita, merujuk kepada agensi PBB untuk pelarian Palestin yang turut mengendalikan sekolah-sekolah di Gaza.

“30 pelajar UNRWA  terbunuh dan lapan lagi cedera. Mereka yang mati termasuk lima guru, seorang pakar ginekologi, seorang jurutera, seorang kaunselor dan tiga kakitangan sokongan.

“UNRWA  berkabung bersama rakan sekerja kami dan waris mangsa.

“Kakitangan PBB dan orang awam perlu dilidungi setiap masa semasa konflik. Kami menggesa pertempuran dihentikan untuk mengelak lebih banyak kematian orang awam,” kata Timbalan Pengarah UNRWA, Jennifer Austin pula dalam satu kenyataan.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres turut menggesa supaya orang awam dilindungi dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dipatuhi ketika Israel terus mengebom sasaran Hamas di Gaza semalam.

“Kira-kira 220,000 rakyat Palestin kini berlindung di 92 fasiliti UNRWA di seluruh Gaza. Premis PBB, hospital, klinik dan sekolah ‘tidak sesekali boleh menjadi sasaran serangan,” kata Guterres.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Datuk Nora Akui Punya Cara Tersendiri Didik Anak-Anak

0
PETALING JAYA – Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menegaskan mempunyai cara tersendiri dalam menangani masalah berkaitan anak-anak, bukan menggunakan kekerasan atau meminggirkan mereka. Nora atau nama...

CATEGORIES