Monday, April 27, 2026
HomeHIBURAN‘Untuk Ameng, Saya Halalkan Segala Kesalahan, Dosa Dia…’

‘Untuk Ameng, Saya Halalkan Segala Kesalahan, Dosa Dia…’

SHAH ALAM – Terharu melihat kesungguhan bekas suami yang sanggup membantu memantapkan persembahan bersama anak mereka, Azeva di pentas Talk To My Manager musim kedua (TTMM2), Datuk A. Aida secara ikhlas membuat pengakuan menghalalkan segala dosa dan kesalahan Ameng Spring kepadanya selama ini.

Menurut A.Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 56, tiada lagi masalah atau dendam dengan bekas suaminya itu.

“Dia sanggup membantu saya dan Azeva untuk buat persembahan di TTMM2 untuk minggu pengenalan. Disebabkan bantuan dia, saya halalkan apa sahaja kesalahan Ameng, hal-hal yang lepas.

“Perkara yang lepas usah dikenang. Bukalah buku baru. Apa-apa pun dia tetap bapa kepada anak saya. Saya faham sesetengah orang bila dah bercerai tak boleh tengok muka sesama sendiri. Masing-masing ada sebab tersendiri.

“Tetapi macam saya cakap tadi, saya halalkan semua dosa dia dengan saya. Dosa dia dengan Allah, dia jawab sendiri,” katanya ketika ditemui di konsert minggu kedua TTMM2, di sini, semalam.

Pada konsert minggu kedua itu, nama A. Aida turut diumumkan sebagai pemenang anugerah Manager Paling Perform hasil undian penonton TTMM2 menerusi laman web Gempak.

Biarpun ada yang mengkritik caranya yang dikatakan terlalu ‘over’ minggu lalu, namun penerbit drama itu enggan mengambil pusing komen negatif netizen.

“Saya cuba lakukan yang terbaik sebagai manager. Minggu lalu adalah episod pengenalan. Saya nak beritahu orang yang anak saya boleh menyanyi, boleh main gitar dan dia ialah anak Ameng Spring.

“Ini adalah kali pertama Azeva sepentas bersama bapanya. Kalau saya tak ‘over’, takkanlah kami viral dan ‘trending’ sampai sekarang.

“Saya memang manager yang paling ‘perform’ sebab mampu membuat satu Malaysia menangis,” ujarnya.

Untuk minggu kedua, kesemua 10 pasangan manager dan artis masih lagi terselamat daripada penyingkiran. Ani Maiyuni dan anaknya Viviana muncul sebagai peserta yang memungut markah tertinggi sebanyak 89 peratis Linda Jasmine dan Ratu pula di tangga tercorot sebanyak 66.33 peratus

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Azizulhasni Awang Kekal Berbisa Walaupun Tidak Tidur Lena

0
NILAI – Keletihan bukan penghalang buat jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang untuk terus mempamerkan kayuhan berkualiti apabila berjaya meraih pingat gangsa acara...

CATEGORIES