Thursday, September 3, 2026
HomeHIBURAN‘Tonton Sampai Habis, Boleh Ambil Iktibar Daripada Cerita Ini’

‘Tonton Sampai Habis, Boleh Ambil Iktibar Daripada Cerita Ini’

PETALING JAYA – Melihat sesuatu nashkah dengan lebih meluas, pelakon Elisya Sandha menyifatkan drama Madu Atau Racun sebagai karya yang sarat mesej dan pengajaran untuk direnungi penonton.

Elisya, 27, berkata, jangan terlalu awal membuat kesimpulan memandangkan banyak iktibar dapat diambil menerusi jalan cerita drama berkenaan iaitu dengan mengikuti keseluruhan perjalanan naskhah 12 episod itu.

“Banyak benda yang mungkin kita boleh ambil sebagai iktibar daripada cerita ini.

“Mungkin sekarang kita belum nampak keseluruhan mesej, namun percayalah kena tengok sampai habis kerana ada ketika ia lebih daripada sebuah cerita,” ujarnya dalam perkongsian dalam media sosial.

Katanya, mesej yang cuba diketengahkan menerusi Madu Atau Racun mungkin tidak dapat dilihat secara menyeluruh pada peringkat awal, namun dapat menjadi lebih jelas apabila cerita semakin berkembang.

Malah, akui Elisya yang membawakan watak sebagai isteri kedua dalam drama berkenaan, karya itu juga berpotensi membuka mata penonton melihat sesuatu perkara daripada perspektif berbeza.

“Ia boleh membuka mata orang, mengubah cara melihat sesuatu dan siapa tahu mungkin cerita ini boleh ubah perspektif atau kehidupan seseorang,” ujarnya.

Sejak beberapa lagu drama Madu Atau Racun yang disiarkan menerusi saluran penstriman iQIYI mencetuskan perdebatan dalam kalangan penonton selepas didakwa menyelitkan babak menjurus kepada pelakuan LGBTQ.

Malah kontroversi kisah yang turut dibintangi Aliff Aziz serta Uqasha Senrose itu juga meraih perhatian Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang menolak penayangan drama tersebut kerana menimbulkan keresahan serta kontroversi dalam kalangan masyarakat.

Menterinya, Zulkifli Hasan berkata, pihaknya amat kesal atas tindakan menyerapkan elemen yang menyentuh sensitiviti agama dan norma budaya tempatan, sama ada secara tersurat mahupun tersirat.

Sementara itu, David Teo selaku penerbit tidak dapat dihubungi bagi mengulas perkara tersebut kerana berada di luar kawasan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Berhenti Tayang Drama Menormalisasi Hubungan Songsang’

0
PETALING JAYA – Pendakwah selebriti, Ustaz Wadi Annuar menyeru penggiat seni dan pihak penerbitan agar segera menghentikan penghasilan serta penayangan drama yang cuba menormalisasikan...

CATEGORIES