Wednesday, September 16, 2026
HomeHIBURANTiko Kurang Selesa Jadi Tumpuan Setelah Bergelar Suami Kepada BCL

Tiko Kurang Selesa Jadi Tumpuan Setelah Bergelar Suami Kepada BCL

MENJADI tumpuan banyak mata sebaik identiti didedahkan sebagai calon suami sehingga akhirnya menikahi penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) pada 2 Disember lalu hakikatnya membuatkan Tiko Aryawardhana kurang selesa.

Bukan rimas, namun lebih kepada berasa canggung kerana setiap langkahnya mengundang sorotan mata walaupun ketika menikmati hidangan di restoran.

Menurut Kosmo, begitupun, petugas sebuah institusi kewangan ternama itu mengakui sudah berbincang dengan isterinya sebelum mereka berkahwin meredakan kegusaran.

Cuma barangkali disebabkan terheret dengan kisah lampau membabitkan perkahwinan terdahulu serta dituduh mengambil minuman keras ketika parti pada malam hari bahagia mereka, rasa canggung tersebut kembali tercetus.

“Mungkin ada beberapa fasa nyaman, tetapi ada satu tahap saya yang mula terganggu jadi sorotan iaitu ketika kehidupan saya seolah-olah dikupas satu persatu netizen,” ulasnya.

Pada masa sama, Tiko juga dilihat enggan mengulas apabila dibandingkan dengan arwah suami BCL, Allahyarham Ashraf Sinclair sejak awal namanya disebut-sebut sebagai bakal teman hidup penyanyi itu.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Suami Isteri Cedera Rempuh Gajah Di Jalan Jerangau Jabor

0
KEMAMAN - Sepasang suami isteri cedera selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh seekor gajah di Kilometer 160, Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Bandar Baru, malam semalam. Dalam...

CATEGORIES