Thursday, June 11, 2026
HomeHIBURAN‘Terpengaruh Dengan PA’ – Syamsul Bergoyang Sebab Lagu ‘Jomblo’

‘Terpengaruh Dengan PA’ – Syamsul Bergoyang Sebab Lagu ‘Jomblo’

PETALING JAYA – Pengarah dan pelakon Syamsul mengundang perhatian ramai apabila teruja berkongsi lagu yang sering kegemarannya ketika ini iaitu Jomblo Happynyanyian Gamma1.

Syamsul atau nama penuhnya, Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 40, berkata, walaupun dia merupakan seorang penyanyi rap, itu tidak menghalang dirinya menikmati lagu bergenre lain.

“Tajuknya Jomblo Happy ya?

“Okey, hari ini saya mengaku ini lagu kegemaran saya.

“Walaupun saya penyanyi rap dan suka hip hop tetapi lagu ini seronok. Saya terpengaruh dengan pembantu peribadi saya,” katanya dalam InstaStory.

Menerusi video yang dikongsi, Syamsul turut menyanyi dan menari ketika lagu tersebut dimainkan dalam keretanya.

Difahamkan, jomblo merupakan perkataan daripada bahasa Indonesia yang bermaksud solo atau tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa.

Selain video tersebut, Syamsul juga sejak akhir-akhir ini aktif memuat naik swafoto dan foto sepanjang dia menjalani penggambaran filem seram arahan terbaharunya, Khawarij.

Dia juga dilihat kembali aktif dalam media sosial selepas bercerai talak satu dengan bekas isterinya, Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor pada 5 September lalu.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Cadang Tambah Bonggol Di Laluan Menurun Genting Highlands

0
PETALING JAYA – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing mencadangkan agar pihak berkaitan mengkaji untuk menambah kemudahan pengurang kelajuan termasuk...

CATEGORIES