Thursday, September 17, 2026
HomeHIBURANTan Sri Michelle Yeoh Timang Cucu Bukan Anak

Tan Sri Michelle Yeoh Timang Cucu Bukan Anak

FOTO memaparkan pelakon Tan Sri Michelle Yeoh memegang kaki bayi dalam Instagram hari ini mengundang tanda tanya ramai.

Melalui tinjauan Kosmo, menerusi perkongsian tersebut, Michelle, 61, melahirkan rasa teruja namun ramai tertanya-tanya sehingga ada yang membuat andaian bayi tersebut adalah anak angkat aktres itu dengan suaminya, Jean Todt memandangkan dia tidak pernah dilaporkan hamil sebelum ini.

“Sedikit keajaiban pada hari pertama tahun 2024 dan kami berasa sangat diberkati.

“Tidak dapat menggambarkan betapa gembiranya kami dengan hadiah istimewa ini,” kata bintang filem Everything Everywhere All at Once itu.

Melihat ramai membuat andaian sendiri, Michelle seterunya meleraikan tanda tanya ramai dengan memberitahu bayi tersebut adalah cucunya yang bernama Maxime.

Difahamkan, Maxime merupakan bayi kepada Nicholas Todt yang merupakan anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu suaminya.

“Terima kasih Nicholas dan Darina kerana menjadikan kami sebagai datuk serta nenek paling bahagia. Selamat datang Maxime,” kongsinya yang juga pemilik trofi Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95.

Berdasarkan Kosmo, terdahulu, Michelle atau nama penuhnya Michelle Yeoh Choo Kheng, mendirikan rumah tangga dengan Todt yang juga merupakan bekas ketua pegawai eksekutif Ferrari pada 28 Julai tahun lalu. 

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Suami Isteri Cedera Rempuh Gajah Di Jalan Jerangau Jabor

0
KEMAMAN - Sepasang suami isteri cedera selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh seekor gajah di Kilometer 160, Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Bandar Baru, malam semalam. Dalam...

CATEGORIES