Thursday, May 14, 2026
HomeHIBURAN‘Takut Tiba-Tiba Merosot, Kritikal Dan Esoknya Sudah Tiada’ - Amyza Aznan

‘Takut Tiba-Tiba Merosot, Kritikal Dan Esoknya Sudah Tiada’ – Amyza Aznan

PETALING JAYA – Rasa trauma dan bimbang sekiranya ditakdirkan untuk melalui fasa kehilangan anak sekali lagi membuatkan pelakon Amyza Aznan mengalami masalah untuk tidur pada waktu malam.

Menurut Amyza, 49, dirinya dihantui rasa bimbang tersebut terutama selepas pemergiaan anak sulungnya, Allahyarham Andre Mikhail akibat kanser paru-paru pada 23 Februari lalu.

“Semakin hari, dada rasa makin sesak. Setiap malam saya sangat susah nak tidur sebab macam-macam perkara sedang bermain-main dalam kepala.

“Perasaan takut itu sebab pernah melalui fasa kehilangan Andre yang tiba-tiba kesihatannya merosot, kritikal dan esok sudah tiada.

“Sekarang saya memang susah tidur, bila tengok anak sebelum tidur rasa sesak, faham tak?” katanya dalam siaran langsung Instagram hari ini.

Bagi mengurangkan kerisauan tersebut, dia mengakui memerlukan teman untuk meluahkan perasaan ketika ini.

“Saya perlu meluah dan bercakap tentang benda ini, jadi takut. Susah nak gambarkan rasa ini macam mana.

“Perasaan takut itu bercampur-baur, jadi takut.

“Saya perlukan seseorang dan kawan untuk meluah, selain keluarga, tapi adakalanya saya perlukan juga orang luar,” katanya lagi.

Berkongsi lanjut, Amyza berkata, anak keduanya, Adrian Adam Khairil Azhar, 18, yang disahkan menghidapi kanser tulang kini dalam tempoh melakukan rawatan.

“Saya memang jenis tak kongsi sangat mengenai perkembangan kesihatan Adrian sama seperti saya lakukan ketika arwah Andre sakit.

“Sekarang Adrian sudah mulakan rawatan cuma bukan semua mendapat keputusan terus, ada yang ambil masa selama berminggu-minggu termasuk keputusan makmal.

“Bagi saya, penantian itu semua seperti macam timebomb,” katanya yang turut melakukan ikhtiar rawatan alternatif.

Terdahulu, jenazah Andre selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana pada 24 Februari lalu.

Ujian buat Amyza tidak terhenti di situ apabila Adrian pula disahkan menghidap kanser tulang pada hari pertama Ramadan lalu.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Kasihan, Orang Tak Tahu Kak Jee Ada Asma Yang Teruk’ –...

0
PETALING JAYA – “Orang tak tahu dia ada asma yang teruk. Tapi saya tak tahu kenapa Kak Jee tidak pernah cakap benda ini.” Demikian perkongsian...

CATEGORIES