Friday, June 12, 2026
HomeHIBURAN‘Alhamdulillah Selesai Haji, Rumah Tak Sempurna Tanpa Lisa’

‘Alhamdulillah Selesai Haji, Rumah Tak Sempurna Tanpa Lisa’

PETALING JAYA – Selepas lebih sebulan berada di Tanah Suci, Mekah bagi menunaikan haji, Datin Lisa Surihani selamat pulang ke tanah air, hari ini.

Ketibaannya disambut meriah dengan kehadiran suami, Datuk Yusry Abdul Halim dan anak-anak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.

Sebaik sahaja pemilik nama lengkap Lisa Surihani Mohamed, 40, itu muncul di pintu keluar dari balai ketibaan, tiga permata hatinya berlari dan terus mendakapnya.

Manakala, Yusry pula memeluk erat isterinya sambil melayangkan kucupan di dahi wanita itu.

Menerusi sebuah video, Yusry, 52, memaklumkan kediaman mereka sunyi tanpa kelibat suri hidup yang disayanginya.

“Saya sedang menunggu kepulangan Lisa daripada Tanah Suci. Alhamdulillah dah selesai semua urusan ibadah haji.

“Rumah itu bukanlah sebuah rumah yang sempurna tanpa Lisa,” katanya dalam sebuah video dalam Instagram.

Dalam masa sama, Lisa juga dilihat menitiskan air mata kegembiraan dapat bertemu keluarganya.

Sebelum ini, Lisa berangkat ke Mekah untuk menunaikan rukun Islam kelima itu bersendirian tanpa diiringi suami.

Difahamkan, rayuan permohonan visa haji Yusry ditolak sekali gus tidak berpeluang menunaikan ibadah tersebut bersamanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Seni Manusia Tak Boleh Ditiru Mesin’ – Sheila Majid, M. Nasir...

0
Gabungan industri muzik tempatan menerusi Malaysia Music Rights Alliance (MMRA) menggesa penggubal undang-undang negara memperkukuh Akta Hak Cipta Malaysia bagi menyekat eksploitasi karya kreatif...

CATEGORIES