Friday, October 23, 2026
HomeHIBURANTak Hantar Anak Masuk asrama, Aeril Zafrel Risau Kes Buli

Tak Hantar Anak Masuk asrama, Aeril Zafrel Risau Kes Buli

PETALING JAYA – Isu buli dalam kalangan pelajar yang semakin serius membuatkan pelakon dan usahawan Aeril Zafrel tiada rancangan menghantar anak-anaknya ke asrama.

Bukan sekadar bimbang kes buli, bahkan Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 36, berkata, dia tidak rela berjauhan dengan permata hati selain mahu melihat mereka membesar depan mata.

“Dari sisi pandangan saya, masuk sekolah berasrama ini ada bagusnya juga untuk anak-anak supaya mereka lebih fokus belajar dan berdikari.

“Tapi macam saya nak lebihkan masa saya dengan mereka sebab saya nak tengok mereka membesar depan mata saya sendiri.

“Kalau nak diikutkan memang takut tetapi budaya buli bukan hanya di asrama sahaja, sekolah biasa pun ada berlaku,” katanya kepada Kosmo! Online.

Paling penting kata Aeril, peranan utama adalah pada ibu bapa supaya mengingatkan anak-anak agar tidak terlibat dalam gejala buli selain menerapkan setiap perbuatan ada balasannya.

Tambah pelakon filem Buas itu, dia sanggup bangun awal pagi menghantar anaknya ke sekolah meskipun mampu mengupah pemandu untuk melakukan tugas tersebut.

“Saya sanggup bangun 6.30 pagi sebab nak ada momen hantar anak pergi sekolah.

“Walaupun sebenarnya saya boleh sahaja upah sesiapa, tetapi pada saya itu sahaja momen dengan mereka yang saya mampu buat.

“Kalau mereka sudah dewasa tak dapat rasa semua itu, momen itu yang saya enggan terlepas,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran kolabrasi Coolblog X WAWA, kelmarin.

Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan empat cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 10, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 8, Ayya Soffya, 4, dan Muhammad Fahri, 3 tahun.

Dalam perkembangan lain, kolaborasi Wawa bersama Coolblog adalah usaha menyampaikan mesej mencintai diri sendiri dan kecantikan dari dalam.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

PERNAS Bantu Pelajar SPM Menerusi Program Jejak Cemerlang

0
KUALA LUMPUR – Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) meneruskan komitmennya dalam memperkasa bidang pendidikan dengan membantu 180 pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri...

CATEGORIES