Sunday, May 10, 2026
HomeBERITASultan Nazrin, Tuanku Zara Berkenan Tinjau Taman Tasik Taiping

Sultan Nazrin, Tuanku Zara Berkenan Tinjau Taman Tasik Taiping

Ipoh: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bersama Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan berangkat meninjau situasi semasa di kolam Taman Tasik Taiping di sini hari ini.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad menerusi hantaran di Facebook rasminya berkata keberangkatan baginda berdua bertujuan melihat sendiri keadaan paras air di taman tasik itu yang dilaporkan menyusut teruk susulan cuaca kering melanda kawasan tersebut sejak lebih dua bulan lepas.

“Prihatin dengan situasi paras air di Taman Tasik Taiping, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah Al-Maghfurlah bersama DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim singgah meninjau kawasan tersebut petang tadi,” katanya.

Beliau berkata Sultan Nazrin dan Tuanku Zara turut berkenan beramah mesra dengan pengunjung di taman berkenaan.

Terdahulu Bernama melaporkan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT) Khairul Amir Mohamad Zubir berkata tahap peratusan pengurangan air di dalam tasik atau kolam di Taman Tasik Taiping menghampiri 70 peratus dengan keluasan badan air ialah 289,756.4 meter persegi.

Khairul Amir berkata paras air sungai yang menjadi antara sumber air di situ juga didapati menurun dan memberi kesan kepada tahap air di dalam kolam tersebut.

Sumber : Hmetro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sumud Nusantara Seru Masyarakat Turun Ke Jalanan Memperingati Hari Nakba

0
PETALING JAYA – Gerakan solidariti antarabangsa terhadap Palestin kembali digerakkan menerusi kempen Global Days of Action for Palestine yang dijadual berlangsung pada 15 dan...

CATEGORIES