Tuesday, April 21, 2026
HomeHIBURAN‘Tak Adil Kerana Saya, Impian Bella Terpaksa Dikorbankan' - Syed Saddiq

‘Tak Adil Kerana Saya, Impian Bella Terpaksa Dikorbankan’ – Syed Saddiq

PETALING JAYA – Memberi sokongan penuh terhadap kerjaya seni bakal isteri, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq menafikan dakwaan meminta tunangnya, Bella Astillah berhenti menyanyi dan berlakon sebaik mereka berkahwin.

Syed Saddiq atau nama lengkapnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 33, berkata, tidak adil untuk menghalang insan kesayangannya itu mengejar cita-cita di arena seni.

“Banyak pihak mengatakan selepas ini Bella dah tak boleh berlakon, menyanyi dan tak boleh berada di depan khalayak umum kecuali bagi acara rasmi.

“Saya tak bersetuju. Saya rasa tak adil kerana impian saya, impian kamu terpaksa dikorbankan. Maksud saya kejarlah impian kamu,” katanya ketika diundang dalam sebuah program audio siar.

Menurutnya, perkara yang paling membimbangkan adalah kelantangannya dalam menyuarakan isu semasa memberi kesan terhadap perkembangan kerjaya seni Bella.

“Saya lebih risau kelantangan saya mungkin menyekat kemaraan tunang dalam mengejar impiannya. Tapi itulah dunia politik,” ujarnya.

Pada masa sama, Syed Saddiq turut menegaskan tidak pernah merancang untuk memperkenalkan insan kesayangannya itu kepada dunia politik seperti diperkatakan segelintir pihak.

“Ada juga kata ini adalah jalan untuk bawa Bella masuk politik. Tidak, dia boleh ajar saya menari (tapi) dia tak perlu sertai politik

“Saya tak mahu dan saya berdoa dia tak perlu ke tahap macam tu. Ada saya perkenalkan, saya ‘tarik’ dia bersukan,” katanya.

Sebelum itu, dalam sesi sama Syed Saddiq mengakui sedang dalam fasa bahagia namun belum bersedia mendedahkan tarikh pernikahannya.

Terdahulu, pasangan yang bertunang pada 28 Mac lalu itu terus menjadi perhatian ramai yang tidak sabar melihat mereka disatukan.

Walaupun tidak memberi bayangan berkenaan tarikh hari bersejarah mereka, tersebar spekulasi majlis perkahwinan itu bakal berlangsung pada Jun ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tak Sopan Panggil ‘Retis’, Kami Bekerja Demi Keluarga’

0
PETALING JAYA – Pelakon Ellie Suriaty meluahkan rasa kurang senang terhadap penggunaan istilah ‘retis’ dalam kalangan masyarakat yang disifatkan seolah-olah memperlekehkan martabat penggiat seni...

CATEGORIES