Tuesday, November 17, 2026
HomeHIBURANAtikah Suhaime 'Reward' Diri Beli Emas Setiap Kali Berjaya Bersenam

Atikah Suhaime ‘Reward’ Diri Beli Emas Setiap Kali Berjaya Bersenam

PETALING JAYA – Sebagai suntikan semangat, pelakon Datin Atikah Suhaime menghadiahkan dirinya dengan barang kemas.

Atikah atau nama lengkapnya Nur Atikah Mohd. Suhaime, 34, memaklumkan perkara tersebut dilakukan bagi memberi motivasi agar rajin melakukan senaman.

“Beri ganjaran kepada diri sendiri dengan gelang dan subang telinga baharu.

“Setiap kali senaman kuat, saya beli emas.

“Jadi nanti saya bukan hanya kurus tapi ‘bling-bling’ (bersinar),” katanya dalam InstaStory.

Dalam masa sama, Atikah turut mendedahkan dirinya semakin gemar mengumpul aksesori berupa barangan kemas.

“Saya dah jadi mak cik-mak cik dah. Obses dengan barang kemas pula,” selorohnya.

Sebelum ini, Atikah melantik dua jurulatih peribadi untuk membantunya menurunkan berat badan selepas bersalin.

Pada Mac lalu, pelakon asal Singapura itu selamat melahirkan seorang anak perempuan yang dinamakan Lyla Mulan Teh.

Atikah berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh pada Januari 2024.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Isi Minyak Guna Suara Pelbagai Bahasa Pertama Di Malaysia

0
Aplikasi mobiliti tempatan, Setel memperkenalkan Voice Fuelling iaitu ciri berkuasa AI yang membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak hanya dengan menggunakan arahan suara. Kini dalam fasa...

CATEGORIES