Monday, July 27, 2026
HomeHIBURAN'Semoga Tahun Ini Saya Dan Kawan-Kawan TTC Hamil' – Sweet Qismina

‘Semoga Tahun Ini Saya Dan Kawan-Kawan TTC Hamil’ – Sweet Qismina

PETALING JAYA: Pelakon, Sweet Qismina berharap tuah menyebelahi dirinya untuk memiliki zuriat pada tahun ini selepas hampir empat tahun mendirikan rumah tangga.

Menurut Sweet atau Farhana Qismina Supandi, dia juga berharap agar golongan wanita serta kenalan rapatnya yang sedang berusaha untuk memiliki zuriat (TTC) dikurniakan cahaya mata.

“Ya Allah, semoga tahun ini saya dan kawan-kawan TTC hamil,” katanya di Threads.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya turut mendoakan agar pelakon itu dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata setelah sekian lama menanti.

Sebelum ini, pelakon drama Setiaku Berdiri itu sering diasak soalan tentang zuriat dek kerana tubuh tampak berisi.

Bagaimanapun, Sweet tampil menafikan dakwaan dirinya kini berbadan dua, selain menganggap tubuhnya kelihatan berisi kerana selera makannya meningkat.

Sweet mendirikan rumah tangga bersama aktor, Adam Lee pada 24 oktober 2022.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Saya Akui Banyak Kesilapan Saya Terhadap Lara – Awal Ashaari

0
KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari, 44, mengakui pernah melakukan banyak kesilapan ketika membesarkan anak sulungnya, Lara Alana, yang kini berusia 12 tahun. Awal...

CATEGORIES