Wednesday, May 20, 2026
HomeHIBURANKetiadaan Isteri Di Sisi Adalah Fasa Paling Berat – Yusry Abdul Halim

Ketiadaan Isteri Di Sisi Adalah Fasa Paling Berat – Yusry Abdul Halim

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Datuk Yusry Abdul Halim, 53, mengakui tidak dapat menahan rindu untuk berkongsi cerita bersama isterinya, Lisa Surihani yang kini ke tanah suci bagi mengerjakan ibadan Haji.

Menurut Yusry, ketiadaan isteri tersayang merupakan fasa paling berat dirasakan sepanjang hidupnya.

“Bagi saya, ini adalah fasa yang berat. Bila kita gembira dan berada di atas, tapi tak tahu dengan siapa nak dikongsikan kegembiraan itu, agak perit juga.

“Memanglah saya rindu (pada Lisa). Pada masa sama, saya mahu dia tahu yang dia sentiasa berada dalam hati saya,” katanya.

Yusry ditemui pemberita dalam sesi bersama media di Astro Bukit Jalil, di sini hari ini.

Sebelum ini dilaporkan niat Yusry untuk mengiringi Lisa mengerjakan ibadah Haji tidak kesampaian apabila rayuannya ditolak pihak Arab Saudi.

Disoal mengenai anak-anak, Yusry memaklumkan keadaan mereka baik namun merindui ibu selepas 11 hari berjauhan.

“Kebetulan ini adalah minggu untuk mereka duduki peperiksaan dan sebagainya. Jadi saya sekarang saya memantau secara sepenuh masa. Adalah beberapa perkara yang saya tak boleh buat.

“Tambahan pula, pembantu rumah baru bertukar, tak boleh seratus peratus percaya orang lain. Saya sendiri yang hantar dan ambil mereka dari sekolah,” katanya lagi.

Sementara itu, mengulas tentang drama Dendam Seorang Mentua, Yusry mengakui tidak kekok berlakon disampiang Tracie Sinidol yang jauh lebih muda berbanding dirinya.

“Saya terkejut apabila wujud keserasian antara kami walaupun setiap pelakon hanya menghidupkan watak masing-masing.

“Ini pertama kali selepas 35 tahun saya merasa menjadi tular sebab zaman saya tiada semua ini.

“Agak susah untuk hadam dan memahami. Selalunya dipadankan dengan pelakon sebaya, namun kali ini dengan yang jauh lebih muda,” kongsinya.

Sumber – Utusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Tertarik Dengan Lelaki Yang Tak Kerja Dalam Industri’ – Aina...

0
PETALING JAYA – Tidak meletakkan sebarang ciri-ciri spesifik, penyanyi Aina Abdul bagaimanapun menolak untuk memiliki pasangan yang turut bekerja dalam industri seni. Menurut Aina atau...

CATEGORIES