Sunday, October 25, 2026
HomeHIBURAN‘Sekarang Hanya Mampu Baring, Tak Boleh Bergerak’ - Nabila Huda

‘Sekarang Hanya Mampu Baring, Tak Boleh Bergerak’ – Nabila Huda

PETALING JAYA – Pelakon Nabila Huda sekali lagi menanggung kesakitan apabila masalah tulang belakang kembali menyerang yang memaksanya membatalkan segala perancangan.

Disebabkan mengalami kesukaran untuk bergerak, Nabila atau nama lengkapnya Nabila Huda Suhaimi, 41, berkata dia kini hanya berehat dan berbaring sahaja di dalam rumah.

“Masa hari cuti inilah slip disc menyerang. Orang sudah rancang aktiviti hari ini. Hendak pergi gimnasium, pergi restoran Ben’s, memasak dan basuh pakaian.

“Sekarang hanya mampu baring sahaja, tak boleh bergerak,” katanya menerusi perkongsian di platform Threads.

Sebelum itu, Nabila atau mesra disapa Abil membuat pengakuan dalam Insta Story bahawa sakit yang menyerang semula adalah atas kesilapan sendiri.

“Ini yang berlaku apabila saya terlebih menggunakan badan saya.

“Saya degil, melakukan kerja berat, mengabaikan sesi fisioterapi, tidak mengendahkan amaran dan sekarang, slip disc kembali menyerang,” ujarnya.

Menerusi ruangan komen ramai mendoakan agar pelakon filem Rahsia itu dapat bertahan serta sihat seperti sedia kala.

“Adug sakitnya. Hanya yang pernah alami sahaja tahu seksanya, semoga di beri kesembuhan Abil,” tulis netizen.

Terdahulu, pada Disember 2025 Nabila mendedahkan disahkan mengalami slip disc pada bahagian L5 tulang belakangnya selepas menjalani pemeriksaan perubatan.

Demi persediaan Teater Muzikal Masmoona yang bakal dipentaskan ketika itu, dia terpaksa menolak untuk mengambil cuti sakit.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Konsert 3Diva Dibatalkan, Jamin Wang Dipulangkan Dalam 14 Hari

0
PETALING JAYA: Konsert 3Diva yang menghimpunkan nama besar Indonesia, Kris Dayanti, Ruth Sahanaya dan Titi DJ dibatalkan. Menurut penganjur, T-Rex Studio Sdn. Bhd, keputusan...

CATEGORIES