Thursday, June 25, 2026
HomeHIBURANSedia Pulang ke Malaysia Hadiri Perbicaraan Kes Pukul Bekas Suami

Sedia Pulang ke Malaysia Hadiri Perbicaraan Kes Pukul Bekas Suami

PETALING JAYA – Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri akan memberi sepenuh kerjasama untuk hadir ke Mahkamah Kuala Kubu Bharu, Selangor bagi perbicaraan kes pukul melibatkan dirinya.

Akur dengan keputusan mahkamah, Shuhada, 30, berkata, akan pulang ke tanah air bagi menyelesaikan kes tersebut dengan segera.

Biarpun sudah berhijrah ke Melbourne, Australia, namun Shuhada tetap akan berusaha untuk meluangkan waktu bagi memenuhi tuntutan mahkamah yang menetapkan 20 Januari 2025 sebagai tarikh sambungan perbicaraan.

Tambah Shuhada, segala urusan melibatkan perundangan diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa yang menentukan.

Malah, dia juga tidak menyangka pihak pendakwaan ingin meneruskan kes tersebut meskipun sudah menarik balik laporan polis.

“Sejujurnya saya sudah memilih untuk berdamai dengan takdir dan mulakan kehidupan baharu. Saya serahkan segala urusan kepada Allah, dan semua yang berlaku ini adalah percaturan Allah,” katanya.

Sementara itu, Shuhada memberitahu tidak mendapat sebarang arahan meminta dirinya untuk hadir ke mahkamah bagi prosiding hari ini.

Mahkamah menerusi Majistret Nurul Izzah Hasan Basri menetapkan 20 Januari 2025 sebagai tarikh sambungan perbicaraan melibatkan kes Hafidz menumbuk Shuhada sebanyak tiga kali sehingga mengalami luka, lebam dan bengkak pada pipi kiri.

Keputusan itu dibuat selepas Timbalan Pendakwa Raya iaitu Eirene Nabila Amani Williams Hunt memberitahu perbicaraan kes tersebut diteruskan selepas permohonan representasi dibuat tertuduh kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) ditolak.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 3.22 pagi pada 2 Mac 2023.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan sah bercerai talak satu pada Julai tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, 4.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Ronaldo Belum Berkarat Bantu Portugal Belasah Uzbekistan 5-0

0
HOUSTON – Cristiano Ronaldo menutup mulut pengkritiknya apabila berjaya meledak dua gol selepas membantu Portugal berpesta gol membelasah Uzbekistan 5-0 dalam aksi kedua Kumpulan...

CATEGORIES