Friday, April 17, 2026
HomeHIBURANRumah Milik Aliff Syukri Diceroboh Jadi Sarang Pelacuran, Penagih Dadah

Rumah Milik Aliff Syukri Diceroboh Jadi Sarang Pelacuran, Penagih Dadah

PETALING JAYA – Mengejutkan apabila usahawan selebriti terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri membongkar kegiatan pelacuran yang berlaku di salah sebuah rumahnya yang dipercayai terletak di Sungai Buloh.

Dalam video yang dikongsikan dalam Instagram, Aliff atau nama lengkapnya Aliff Syukri Kamarzaman, 38, menyerbu rumah terbabit dan menangkap seorang wanita warga asing yang dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran.

“Kenapa kamu datang rumah saya bawa lima lelaki? Pakai seksi macam ni. Dia jual diri ni. Jangan sampai aku lepuk muka kau,” katanya yang tidak dapat menahan marah.

Katanya lagi di bahagian kapsyen, dia tidak menyangka rumahnya diceroboh dan dijadikan tempat untuk aktiviti pelacuran dan menagih dadah.

“Papa sungguh tak sangka rumah papa kena ceroboh oleh orang tak bertanggungjawab. Papa tak sihat dan badan papa seram sejuk nak demam.

“Rumah papa dibuatnya sarang pelacuran dan sarang dadah. Masya-Allah, apa yang perlu papa buat? Papa buntu dan kecewa sangat. Patut ke papa lepaskan atau hubungi polis?,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta agar dia melaporkan kepada pihak polis untuk menyelesaikan kes ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Walau Hanya Game Atau Berlakon, Kita Kena Letakkan Sempadan’

0
KUALA LUMPUR – Pelakon Intan Ladyana menolak tanggapan mempertahankan tindakan suaminya, Harris Alif yang terkait dengan dakwaan ‘microcheating’ atau mesra dengan wanita lain dalam...

CATEGORIES