Friday, September 18, 2026
HomeHIBURANRizky Febian Bakal Temui Peminat Malaysia November Ini!

Rizky Febian Bakal Temui Peminat Malaysia November Ini!

KUALA LUMPUR, 18 SEPTEMBER 2026Selepas beberapa kali menemui peminat di Kuala Lumpur, penyanyi dan pencipta lagu popular Indonesia, Rizky Febian, bakal kembali menghangatkan pentas ibu negara pada “Malam Rawan, Diorama by Rizky Febian: Live in Kuala Lumpur”, yang akan berlangsung pada 29 November 2026 di Zepp KL.

Dibawakan oleh Kumho International dan dianjurkan oleh AM Entertainment dengan kerjasama RSI Solusi Indonesia, konsert ini bakal menjadi satu lagi pertemuan istimewa antara Rizky dan peminat Malaysia yang sentiasa menunjukkan sokongan serta keterujaan terhadap setiap kemunculannya di negara ini.

Kembali Dengan “Malam Rawan”

Menerusi “Malam Rawan”, Rizky Febian bakal membawa penonton menyelami sisi muziknya melalui sebuah persembahan yang menghimpunkan karya-karya popular, melodi yang dekat dengan jiwa serta momen istimewa bersama peminat.

Dikenali dengan karakter vokal tersendiri dan karya yang banyak menyentuh tentang cinta, kerinduan serta perjalanan perasaan, Rizky dijangka menghidupkan suasana romantik dan penuh rasa di Zepp KL, sambil mengajak penonton menyanyi bersama sepanjang malam.

Rizky berkata, “Saya sangat senang dapat kembali bertemu dengan peminat di Kuala Lumpur. Malaysia sentiasa mempunyai tempat yang istimewa dalam perjalanan muzik saya dan saya tahu ramai yang sudah menantikan untuk bernyanyi bersama-sama. Kali ini, saya ingin memberikan sebuah persembahan yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga meninggalkan kenangan yang istimewa buat semua yang hadir.”

Nama Yang Tidak Asing

Rizky Febian mula mencipta nama menerusi karya popular seperti “Kesempurnaan Cinta”, “Penantian Berharga”, “Cuek”, “Makna Cinta”, “Terlukis Indah” dan “Hingga Tua Bersama”. Lagu-lagu yang dekat dengan kisah cinta dan kehidupan ini turut mengukuhkan namanya sebagai antara penyanyi popular Indonesia yang mempunyai tempat tersendiri dalam muzik pop serantau.

Dengan karakter vokal dan gaya persembahan yang tersendiri, Rizky terus mendapat sambutan daripada peminat, termasuk di Malaysia yang sentiasa teruja untuk menyaksikan beliau beraksi secara langsung.

Peminat Malaysia Sentiasa Menanti

Hubungan Rizky Febian dengan peminat Malaysia bukanlah sesuatu yang baharu. Beberapa kali tampil di Kuala Lumpur sebelum ini, kehadirannya sentiasa dinantikan oleh peminat yang mengikuti perjalanan muziknya sejak awal.

Kali ini, Rizky kembali dengan sebuah persembahan khas yang memberi peluang kepada peminat untuk menikmati karya-karyanya secara langsung dalam suasana konsert yang lebih menyeluruh.

Bukan sekadar sebuah malam untuk menikmati muzik, “Malam Rawan” turut menjadi ruang untuk Rizky berkongsi emosi, cerita dan pengalaman bersama peminat menerusi lagu-lagu yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup serta kerjaya seninya.

Tiket Mula Dijual 18 September

Tiket akan mula dijual pada 18 September 2026 secara dalam talian menerusi https://www.ticket2u.com.my/cd?id=52284&t=1

Harga tiket adalah:

  • CAT 1 – RM228 (Standing)
  • CAT 2 – RM248 (Premium Seat)
  • CAT 3 – RM238 (Normal Seat)

Malam Rawan, Diorama by Rizky Febian: Live in Kuala Lumpur” turut mendapat sokongan Rifelous Malaysia sebagai Rakan Rasmi, Gempak sebagai Rakan Media Rasmi dan Zepp KL sebagai Rakan Venue Rasmi.

\

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Hampir Selesai, Saya Berurusan Dengan KWSP Sendiri Untuk Bayaran Secara Berperingkat

0
PETALING JAYA: Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin mendedahkan isu tunggakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selama 10 bulan membabitkan kira-kira 200 pekerjanya kini...

CATEGORIES