Wednesday, May 20, 2026
HomeHIBURANRamai Sokong Syed Saddiq Bersuara Kes Zara Qairina

Ramai Sokong Syed Saddiq Bersuara Kes Zara Qairina

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendapat perhatian selepas mempersoalkan kelewatan siasatan terhadap kes buli membabitkan Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13.

Menerusi perkongsian video terbaharu di Instagram miliknya, Saddiq berkata tindakan terhadap kes tersebut hanya dibuat selepas kejadian itu tular dan mendapat perhatian orang ramai.

“Kita lihat kes adik Zara, dah viral, dah ada protes baru ada keberanian nak tukar pengetua, warden.

“Persoalan saya kenapa lambat sangat? Kenapa perlu tunggu dua tiga minggu baru nak ambil tindakan?

“Saya tanya sekali lagi dah viral baru nak tukar polis penyiasat, baru nak buat postmortem.

“Bayangkan ibu bapa yang sedang melihat di luar sana yang ingin menghantar anak mereka ke sekolah berasrama penuh dengan harapan yang tinggi,” katanya.

Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen menyatakan rasa sokongan dan ucapan terima kasih kepada Saddiq kerana bersuara demi keadilan arwah.

Antara komen yang diterima adalah:
Sumber: Gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Autotune’ Bukan Mencacatkan Tetapi Mencantikkan – Kmy Kimo

0
PETALING JAYA: Ketika penggunaan teknik pelarasan suara, ‘autotune’ masih diperdebatkan dalam industri muzik, penyanyi dan komposer, Kmy Kmo berpendapat bahawa teknik tersebut memainkan peranan...

CATEGORIES