Wednesday, April 29, 2026
HomeHIBURANNorreen Iman, Suami Hadir Prosiding Pengesahan Lafaz Cerai

Norreen Iman, Suami Hadir Prosiding Pengesahan Lafaz Cerai

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pempengaruh, Norreen Iman yang sebelum ini menepis dakwaan rumah tangga bergolak dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini bagi prosiding tuntutan pengesahan lafaz cerai.

Lengkap dengan persalinan serba hitam, Norreen atau nama penuhnya, Norreen Iman Abdullah, 32, hadir bersama suaminya, Raizi atau Mohd Raizi Abd Razak bagi prosiding yang dijadualkan berlangsung di hadapan hakim syarie, Nadiah Khamis.

Bagaimanapun, Norreen dan Raizi memilih untuk mengunci mulut dan enggan berkongsi status rumah tangga mereka selepas keluar dari dewan bicara pada kira-kira pukul 1.30 petang tadi.

“Smile (senyum). Saya cuma rasa lapar saja sekarang ini,” katanya ringkas kepada media.

Difahamkan, pengesahan lafaz cerai itu difailkan oleh Norreen selaku plaintif pada bulan ini.

Terdahulu, rumah tangga Norreen dan suami didakwa bergolak kerana tidak lagi berkongsi gambar dan kandungan bersama dalam media sosial termasuk pada Hari Raya Aidilfitri pada bulan lalu.

Norreen dan Raizi mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Tak Dapat Jalankan Tanggungjawab Sebagai Bapa, Hafidz Roshdi Dakwa Dihalang Jumpa...

0
Pelakon, Hafidz Roshdi menyorot perhatian apabila mendakwa bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, menghalangnya daripada berhubung serta berjumpa dengan dua anak mereka. Menerusi Instagram Story...

CATEGORIES