Saturday, April 18, 2026
HomeHIBURANNora Ariffin Masih Beri Ruang, Belum Bawa Isu Royalti Ke Mahkamah

Nora Ariffin Masih Beri Ruang, Belum Bawa Isu Royalti Ke Mahkamah

PETALING JAYA – Biarpun tempoh seminggu sudah berlalu, penyanyi Datuk Nora Ariffin masih memberi peluang kepada syarikat yang dituntut bayaran royalti lagu ciptaan arwah suaminya menyelesaikan isu itu secara baik.

Nora atau nama lengkapnya Norafizah Ariffin, 52, berkata pihaknya memahami hal berkaitan tuntutan berkenaan memerlukan masa untuk diperincikan, sekali gus sedia menunggu selewat-lewatnya sehingga bulan depan.

“Saya masih beri ruang dan peluang. Setakat ini kami belum tera maklum balas dan penjelasan yang dikehendaki apabila ada antara syarikat berkenaan terus berdiam diri. Jadi kita tunggu perkembangan lanjur biarpun tempoh seminggu sudah berlalu.

“Begitupun, ada beberapa wakil syarikat menghubungi pihak saya tetapi respons mereka tidak seperti yang diharapkan.

“Saya, mewakili pewaris iaitu anak-anak saya masih berikan mereka ruang. Kami pun faham, mungkin ambil masa. Kita tengok bulan depan macam mana,” katanya.

Pada awal bulan lalu Nora mendedahkan lebih enam syarikat penerbitan gagal menyalurkan bayaran royalti lagu-lagu ciptaan arwah suaminya, Allahyarham Johan Nawawi walaupun sudah lebih empat tahun menunggu penjelasan.

Antara syarikat yang disenaraikan adalah Warner Chappell Music, Music Works, NSR Publishing, EMI Publishing, Sony Music Publishing dan Good Sound Publishing.

Menurutnya lagi, isu bayaran royalti yang sudah sekian lama menjadi persoalan dapat diselesaikan secara baik tanpa melibatkan mahkamah.

“Saya sebenarnya kalau boleh tidak mahu bawa isu royalti ini ke mahkamah, sebaliknya lebih kepada inginkan jalan penyelesaian yang baik.

“Tetapi kalau masih tiada sebarang maklum balas, berkemungkinan besar saya terpaksa pertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang,” ujarnya.

Penyanyi lagu Hanya Satu itu sekali lagi menegaskan tindakan membangkitkan isu bayaran royalti bukan untuk mencari perhatian tetapi mendapatkan semula hak waris Allahyarham.

Terdahulu, isu royalti karya Allahyarham Johan mula menjadi bualan selepas Nora mendakwa arwah suaminya hanya menerima bayaran awal sebanyak RM60 bagi lirik lagu ikonik Sinaran, nyanyian Datuk Sheila Majid, meskipun lagu berkenaan popular hingga hari ini.

Sumber: KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Walau Hanya Game Atau Berlakon, Kita Kena Letakkan Sempadan’

0
KUALA LUMPUR – Pelakon Intan Ladyana menolak tanggapan mempertahankan tindakan suaminya, Harris Alif yang terkait dengan dakwaan ‘microcheating’ atau mesra dengan wanita lain dalam...

CATEGORIES