Sunday, May 10, 2026
HomeHIBURAN‘No comment, talk to my lawyer’ – Michael Ang Serah Pada Peguam

‘No comment, talk to my lawyer’ – Michael Ang Serah Pada Peguam

PETALING JAYA – “No comment , talk to my lawyer.”

Itu jawapan yang diberikan pengarah dan penerbit, Michael Ang yang berdepan tindakan saman daripada syarikat pengurusan, Armani Entertainment Sdn. Bhd.

Kata Michael atau nama lengkapnya Michael Ang Hai Swee, 48, buat masa ini dia belum boleh memberikan sebarang kenyataan berhubung isu ini.

“Bukan tak boleh komen tapi tak ada apa nak komen.

“Saya ada peguam, biarlah peguam yang uruskan,” katanya.

Tambah pengarah drama Suri Hati Mr Pilot itu lagi, peguamnya akan memberikan kenyataan tidak lama lagi.

Hari ini, Armani Entertainment mengadakan satu sidang media khas mengumumkan mereka akan mengambil tindakan undang-undang serta menuntut RM500,000 daripada Michael selepas dia gagal melaksanakan perjanjian dalam kontrak yang dipersetujui sejak tahun 2021.

Sebanyak RM250,000 telah diberikan secara tunai manakala separuh lagi melalui sumbangan renovasi rumahnya yang terletak di Desa Park, Kuala Lumpur.

Sumber : Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sumud Nusantara Seru Masyarakat Turun Ke Jalanan Memperingati Hari Nakba

0
PETALING JAYA – Gerakan solidariti antarabangsa terhadap Palestin kembali digerakkan menerusi kempen Global Days of Action for Palestine yang dijadual berlangsung pada 15 dan...

CATEGORIES