Saturday, April 18, 2026
HomeHIBURANNeelofa Sebak Saksi Penyatuan Abang Ipar, Aisyah Aziz

Neelofa Sebak Saksi Penyatuan Abang Ipar, Aisyah Aziz

PETALING JAYA – Berkongsi detik istimewa, usahawan selebriti Neelofa sebak selepas abang iparnya, Dr. Mohd. Fakhrudin Amir Mohd. Ismail dan penyanyi Aisyah Aziz selamat bergelar suami isteri.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor memuat naik video memaparkan suasana majlis pernikahan pasangan terbabit di sebuah masjid di Singapura.

Dalam klip tersebut, Aisyah dilihat gagal menahan tangis ketika bersalaman dengan keluarganya selepas diijabkabul, sekali gus mengundang sayu Neelofa yang turut menitiskan air mata.

Menerusi hantaran sama, isteri kepada penceramah bebas PU Riz itu turut berkongsi sorotan majlis persandingan yang diadakan pada sebelah malam.

Sebelum itu, Neelofa tidak ketinggalan membuat video blog atau vlog penerbangannya ke Kota Singa dari Kuala Lumpur bagi menghadiri hari bahagia pasangan terbabit.

Menerusi ruang kapsyen video berkenaan, ibu dua anak itu meluahkan rasa syukur dan gembira menjadi saksi penyatuan dua insan itu.

Pada Jumaat lalu, Aisyah selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup.

Perkahwinan Aisyah atau nama lengkapnya Nur Aisyah Aziz, 31, dengan abang PU Riz menjadikan penyanyi Entah Bila itu biras kepada Neelofa.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Walau Hanya Game Atau Berlakon, Kita Kena Letakkan Sempadan’

0
KUALA LUMPUR – Pelakon Intan Ladyana menolak tanggapan mempertahankan tindakan suaminya, Harris Alif yang terkait dengan dakwaan ‘microcheating’ atau mesra dengan wanita lain dalam...

CATEGORIES