Wednesday, June 10, 2026
HomeHIBURAN‘Nak Sangat Popular, Saya Muat Naik Terus Muka Kalian’ - Pak Azad

‘Nak Sangat Popular, Saya Muat Naik Terus Muka Kalian’ – Pak Azad

PETALING JAYA – Tidak sekadar meluahkan rasa tidak puas hatui, pelakon juga penyampai radio Azad Jasmin atau Pak Azad bertindak memuat naik foto setiap individu yang melakukan buli siber terhadap anaknya, Amarra Sophie Rose yang kerap menjadi mangsa kecaman netizen sejak bertanding di pentas Talk To My Manager 2 (TTMM2).

Menurut Azad, tindakannya itu bagi memberi kesedaran kepada individu terbabit kerana melemparkan kata-kata negatif terhadap Amarra yang baru berusia 13 tahun.

“Saya sudah pun muat naik wajah mereka yang lakukan buli siber. Mereka berkeluarga, sudah berkahwin dan ada yang berhijab pun.

“Makin hamun kononnya nasihat tetapi berbentuk buli.

“Disebabkan dilakukan secara awam, jadi sesiapa yang saya muat naik foto itu, merekalah yang lakukan buli siber dengan sangat aktif sekarang,” katanya dalam sebuah video InstaStory.

Azad berkata, setiap individu yang mehu menulis perkara negatif termasuk kecaman terhadap kanak-kanak bawah umur sepatutnya berfikir dahulu sebelum melakukan sebarang perkara yang boleh memakan diri.

Dia bahkan sanggup menerima segala kecaman tersebut seorang diri daripada dilemparkan terhadap Amarra.

“Sebelum anda nak maki anak-anak orang, tengoklah anak sendiri. Kalau nak maki, kepada saya seorang pun okey juga.

“Janganlah maki anak-anak perempuan saya ini. Baru umur 13 tahun pun nak dimaki.

“Jadi, saya akan muat naik terus wajah sesiapa sahaja yang lakukan buli siber. Nak popular sangat, saya beri anda popular,” jelasnya.

Sebelum ini, Azad kecewa dengan tindakan segelintir netizen yang berterusan melemparkan kecaman melampau terhadap Amarra sehingga membuatkan hatinya sebagai seorang bapa terluka.

Antara kecaman yang diterima adalah membancing-bandingkan kualiti vokal Amarra dengan peserta lain selain berharap doa disingkirkan dari TTMM2 bagi memberi laluan kepada peserta yang benar-benar layak meneruskan perjuangan di pertandingan tersebut.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Ingat Anggrek Tak Dapat Bertahan Sebab Usianya’ – Adira

0
PADA awal penglibatan Adira Suhaimi dengan anak sulungnya, Anggrek dalam program Talk To My Manager 2 (TTMM2), ramai tidak meletakkan sebarang jangkaan tinggi buat...

CATEGORIES