Thursday, June 11, 2026
HomeHIBURANNafas Sering Terhenti Ketika Tidur, Zulkifli Ismail ‘Serah Diri’ Ke Hospital

Nafas Sering Terhenti Ketika Tidur, Zulkifli Ismail ‘Serah Diri’ Ke Hospital

BIMBANG kerana sering mengalami gangguan pernafasan ketika tidur atau sleep apnea, pelakon veteran, Zulkifli Ismail mengambil inisiatif menjalani prosedur ‘sleep studies’.

Kongsi aktor berusia 61 tahun itu, beliau ‘menyerah diri’ ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz pada Isnin dan sudah dibenarkan keluar hari ini.

“Alhamdulillah. Pagi tadi saya selesai menjalani prosedur sleep studies dan dibenarkan balik. Minggu depan jumpa doktor untuk mengetahui keputusan ujian.

“Sleep studies dilakukan kerana saya sering mengalami gangguan pernafasan ketika tidur atau sleep apnea. Ini termasuklah nafas terhenti beberapa kali sepanjang malam ketika tidur,” ujarnya.

Zulkifli berkongsi perkara itu menerusi media sosialnya pada Selasa.

Zulkifli mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakannya.
Zulkifli mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakannya.

 

Difahamkan ujian ‘sleep studies’ itu dilakukan bagi mengenal pasti berapa kali nafasnya terhenti ketika tidur, berapa kali terkejut dan terjaga tengah malam serta berapa lama masa diambil sebelum seseorang pesakit itu kembali terlelap.

Dalam masa sama, pelakon watak DSP Razlan dalam drama Gerak Khas itu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan.

Sumber – SINAR HARIAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Cadang Tambah Bonggol Di Laluan Menurun Genting Highlands

0
PETALING JAYA – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing mencadangkan agar pihak berkaitan mengkaji untuk menambah kemudahan pengurang kelajuan termasuk...

CATEGORIES