Sunday, April 19, 2026
HomeHIBURANNabila Razali Akan Bernikah Dengan Bekas Pelumba Kereta F1?

Nabila Razali Akan Bernikah Dengan Bekas Pelumba Kereta F1?

SUDAH namanya selebriti tentu saja setiap perkembangan termasuk cerita peribadi menjadi perhatian.

Tidak terkecuali penyanyi Nabila Razali yang sebelum ini dikatakan sudah bertunang dengan ahli perniagaan yang juga bekas pelumba kereta litar Formula, Nik Iruwan Nik Izani.

Biarpun enggan mengesahkan diri sudah ‘diikat’, ramai peminat tetap mendoakan perancangan popular itu ke gerbang perkahwinan berjalan lancar, lapor Kosmo.

Lebih-lebih lagi selepas difahamkan urusan ke arah hari bahagia mereka dikatakan rancak berjalan termasuk persalinan raja sehari yang sungguh istimewa.

Daripada hantaran sebuah akaun, kelihatan seorang pereka fesyan sedang menyiapkan busana pengantin yang sudah selesai, hanya menunggu hari bersejarah sahaja.

Beberapa minggu lalu pula, dikatakan Nabila diraikan rakan rapat dalam acara ‘hens party’ yang turut dikongsi dalam Instagram Story seorang selebriti.

Ada yang meneka pernikahan dilangsungkan pada 13 November iaitu bersempena ulang tahun ke-31 penyanyi itu.

Menurut Kosmo, apa pun kalau silap tekaan itu kami mohon maaf sebab terlampau teruja. Tak sabar tengok selebriti yang terkenal dengan sikap ramah itu naik pelamin.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Walau Hanya Game Atau Berlakon, Kita Kena Letakkan Sempadan’

0
KUALA LUMPUR – Pelakon Intan Ladyana menolak tanggapan mempertahankan tindakan suaminya, Harris Alif yang terkait dengan dakwaan ‘microcheating’ atau mesra dengan wanita lain dalam...

CATEGORIES