Thursday, August 27, 2026
HomeHIBURANNabil Ahmad Nafi Anak Jadi Pengacara Sebab Kabel

Nabil Ahmad Nafi Anak Jadi Pengacara Sebab Kabel

KUALA LUMPUR: Pelawak dan pengacara popular, Nabil Ahmad, meminta masyarakat supaya memberi ruang dan peluang kepada anak sulungnya, Nayla Mikayla, 13, untuk memperbaiki diri selepas menerima kecaman ketika mengendalikan seuah program hiburan, baru-baru ini.

Nabil berkata, Mikayla masih baharu dalam bidang pengacaraan dan sedang dalam proses menimba pengalaman.

Justeru, terlalu awal untuk menilai keupayaannya hanya berdasarkan satu program.

“Saya harap masyarakat tidak cepat menilai. Sebelum mengkritik, fikir dahulu bahawa Mikayla baru berusia 13 tahun.

“Dia masih belajar dan perlukan masa untuk memperbaiki skil pengacaraannya. Saya yakin dengan masa dan latihan, dia akan jadi lebih baik,” katanya.

Menurut Nabil, sebagai bapa, dia sentiasa mengingatkan anaknya supaya memberi tumpuan kepada pembelajaran dan tidak mudah patah semangat dengan kata-kata negatif.

“Saya selalu pesan, buat yang terbaik dan jangan cepat putus asa. Dia juga pergi kelas dengan Datuk Aznil Nawawi dan saya minta dia banyak perhati gaya pengacara lain,” katanya.

Mengulas lanjut, Nabil berkata, dia memilih untuk tidak membaca komen berbaur kecaman demi menjaga ketenangan diri dan keluarga.

“Saya sendiri tak baca komen negatif dan saya nasihatkan Mikayla buat perkara sama. Tak perlu ambil peduli kerana ia boleh ganggu mental dan semangatnya,” ujarnya.

Tambah Nabil, Mikayla seorang gadis yang kuat dan sudah terbiasa melihat bapanya berdepan pelbagai kecaman sepanjang berada dalam industri hiburan.

“Mungkin sebab dia dah biasa tengok saya dikecam, jadi dia tak mudah terkesan. Saya tengok dia tenang saja walaupun dihujani komen pedas,” katanya.

Dalam pada itu, Nabil tidak menafikan berasa bangga dengan keberanian anak gadisnya itu yang mampu berhadapan kamera secara langsung pada usia muda.

“Bagi saya, bukan mudah untuk remaja 13 tahun bercakap depan kamera. Ramai seusianya mungkin malu atau tak yakin. Tapi Mikayla berani dan itu satu permulaan yang baik,” katanya.

Menepis dakwaan kononnya anaknya mendapat peluang kerana pengaruh sebagai anak selebriti, Nabil menegaskan Mikayla dipilih atas dasar bakat dan kemampuan sendiri.

“Saya tak pernah campur tangan atau gunakan nama saya untuk bantu dia. Apa yang dia dapat, semua hasil usaha dan keyakinannya sendiri,” katanya.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

UOW Malaysia Satukan Bakat Tempatan, Antarabangsa Menerusi Warriors of Wave &...

0
School of Communication and Creative Arts (SCCA), UOW Malaysia menampilkan potensi pendidikan seni kreatif antarabangsa di Malaysia menerusi Warriors of Wave & War, sebuah...

CATEGORIES