Saturday, October 31, 2026
HomeHIBURAN‘Mustahil, Asal-Usul Kami Berbeza’ – Tracie Diminta Buat Ujian DNA

‘Mustahil, Asal-Usul Kami Berbeza’ – Tracie Diminta Buat Ujian DNA

KUALA LUMPUR – Memiliki rupa paras yang dikatakan mirip, pelakon meningkat naik Tracie Sinidol mendedahkan terdapat peminat yang mencadangkan dia melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sekiranya mempunyai pertalian darah dengan aktres Mira Filzah.

Tracie, 23, berkata, permintaan tersebut dianggap sebagai satu gurauan peminat yang teruja melihat persamaan antara dia dan Mira.

“Ada yang tanya saya, tak mahu ke buat ujian DNA dengan Mira? Manalah tahu ada kena mengena.

“Saya cuma jawab, asal-usul kami berbeza dan memang mustahil sebab ibu bapa kami berdua orang berbeza.

“Mereka cakap mungkin kami kembar terpisah tetapi saya tak ambil hati dan anggap semua itu seperti satu jenaka,” katanya pada majlis tayangan episod akhir Gadis Masa di sini, baru-baru ini.

Disebabkan terlalu kerap disamakan, bekas juara Dewi Remaja 2021/2022 itu mengakui adakalanya dia juga keliru suaranya dengan Mira.

Namun, Tracie menegaskan dia tidak pernah bosan apabila wajahnya kerap disamakan seperti Mira sebaliknya menganggap perkara tersebut sebagai satu rezeki.

“Adakalanya suara pun sama. Sampai saya sendiri keliru dengan suara kami ketika tengok video TikTok. Ingatkan suara saya tetapi Mira.

“Orang kata kalau saya memakai tudung, wajah memang akan 100 peratus sama tetapi hakikatnya tidak.

“Kalau saya tak pakai tudung, lebih mirip berbanding berhijab. Itu yang kami perasan ketika membuat konten promosi untuk tudung jenama tudung Mira.

“Saya tidak bosan tetapi anggap semua itu komen positif dan rezeki dalam bidang seni,” ujarnya.

Terdahulu, Tracie dan Mira digandingkan dalam drama terbitan Viu Original iaitu Gadis Masa yang turut dibarisi Syafiq Kyle.

Sebelum ini, Tracie ketika dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2021/2022 pernah memberitahu mahu mencipta identiti sendiri dan enggan berada dibayangi dengan populariti Mira.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Tauliah Sejak 2020’ – PU Riz Sedih Dilabel Tunggang Agama

0
KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas dan selebriti, Muhammad Haris Mohd. Ismail atau PU Riz, tidak dapat menahan sebak apabila dituduh sebagai penunggang agama serta tidak...

CATEGORIES