Tuesday, August 11, 2026
HomeHIBURAN‘Muhammad Yassir Hayyan’ – Syasya Rizal Selamat Lahir Anak Sulung

‘Muhammad Yassir Hayyan’ – Syasya Rizal Selamat Lahir Anak Sulung

PETALING JAYA – Penutup 2024 yang indah, penyanyi dan bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal selamat melahirkan anak lelaki di sebuah pusat perubatan swasta hari ini.

Berkongsi berita gembira, Syasya atau nama penuhnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, 23, berkata, kelahiran bayi lelakinya itu merupakan amanah besar yang dikurniakan oleh Tuhan.

Lebih manis, Syasya juga turut berkongsi nama penuh anak lelakinya iaitu Muhammad Yassir Hayyan.

“Pada awal tahun ini, saya memohon kepada Allah SWT untuk memberi kehidupan yang penuh cinta dan padat dengan makna.

“Jadi, tahun ini diakhiri dengan cara begini (kelahiran anak sulung).

“Alhamdulillah, rezeki dan amanah terbesar buat mama dan baba,” katanya dalam Instagram hari ini.

Dalam hantaran sama, Syasya turut memuat naik foto suaminya, Nasrullah Mohd. Sapie mendukung dan mengazankan Muhammad Yassir yang dibalut dengan kain berwarna biru.

Terdahulu, Syasya dan Nasrullah mendirikan rumah tangga pada 20 April lalu.

Pada September lalu, Syasya berkongsi khabar gembira mengesahkan sedang hamil cahaya mata pertama.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

MITRA Menyalurkan RM6.7 Juta, Perkasa Pendidikan Dan Ekonomi Masyarakat India

0
PUTRAJAYA, 11 Ogos 2026 – Kerajaan MADANI terus memperkukuh agenda pembangunan sosioekonomi masyarakat India dengan jumlah peruntukan sebanyak RM6.7 juta berjaya disalurkan untuk melaksanakan...

CATEGORIES