Monday, March 16, 2026
HomeHIBURANMP Hulu Langat Ucap "Selamat Pengantin Baharu", Syed Saddiq Balas "...Nanti Saya...

MP Hulu Langat Ucap “Selamat Pengantin Baharu”, Syed Saddiq Balas “…Nanti Saya Keluarkan Jemputan”

KUALA LUMPUR: Sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Rapid Transit System Link Johor Bahru-Singapura 2026 di Dewan Rakyat hari ini menarik perhatian apabila seorang wakil rakyat blok kerajaan tiba-tiba mengucapkan “selamat pengantin baharu’ kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ucapan itu dilontar Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) ketika mencelah perbahasan Syed Saddiq, ketika menegur wakil rakyat daripada MUDA itu yang mengenakan sepasang baju Melayu berwarna kuning.

“Saya pun tak tahulah… Muar (Syed Saddiq) sekarang, sejak dua tiga menjak asyik pakai baju Melayu, baju kebangsaan kan. Maksudnya dah dekat sangat dah tu,” katanya yang hanya dibalas dengan senyuman oleh Syed Saddiq.

Mohd Sany kemudian mengemukakan cadangannya berhubung langkah penyuraian trafik antara Johor Bahru dan Bukit Cagar di Singapura, sebelum mengambil peluang mengucapkan “selamat pengantin baharu.”

Syed Saddiq tidak mengiyakan atau menafikan perkara itu, sebaliknya membalas “…Ya Allah, jangan risau nanti saya keluarkan jemputan”.

Sejak tahun lalu, hubungan mesra antara Syed Saddiq dan pelakon serta penyanyi, Bella Astillah sering menjadi tumpuan, namun kedua-duanya tidak menafikan atau mengesahkan hubungan cinta antara mereka.

Sementara itu, Syed Saddiq ketika membahaskan RUU terbabit berkata projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link perlu disekalikan dengan rangkaian pengangkutan awam yang baik bagi memastikan masalah trafik di sempadan itu benar-benar dapat diselesaikan.

Katanya, seramai 20,000 penumpang dijangka menggunakan RTS pada waktu puncak, ditambah dengan kira-kira 10,000 yang menggunakan pengangkutan awam.

“Dalam satu masa, kita akan ada 30,000 yang berkumpul di satu tempat… jika tidak ada sistem penyuraian trafik yang berkesan, ia bermaksud bukan masalah kesesakan menjadi semakin pulih tetapi semakin teruk,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Konflik Di Asia Barat Semakin Tegang, Ringgit Susut Berbanding Dolar AS

0
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama tetapi rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat berikutan ketegangan yang meningkat di...

CATEGORIES