Thursday, June 25, 2026
HomeHIBURANMimi Fly Lebih Bernyawa Tanpa Ikatan Cinta

Mimi Fly Lebih Bernyawa Tanpa Ikatan Cinta

KUALA LUMPUR: “Jangan takut untuk hidup sendiri. Banyak perkara yang kita boleh buat walaupun ‘single’.”

Demikian kata penyanyi, Mimi Fly yang menganggap dirinya lebih bernyawa tanpa teman hidup selain mengambil peluang yang ada untuk mendekatkan diri dengan Sang Pencipta.

Mimi atau Shamimi Amalina Norisham, 39, berkata, status terkininya juga memberi perubahan positif dalam kerjaya seni selepas melalui beberapa fasa luka dalam perhubungan dan perkahwinan.

“Saya lebih suka bersendirian, barulah saya rasa hubungan saya dengan Tuhan lebih kuat. Sebelum ini saya mempunyai persepsi yang berbeza tentang hubungan, cinta dan teman hidup.

“Bila ada pasangan, saya tidak banyak masa seorang diri dengan Tuhan. Apabila kita seorang diri, tidak tahu nak gambarkan perasaan itu tetapi saya rasa lebih dekat dengan Tuhan.

“Ilham itu lebih mudah datang. Rasa sayang dari keluarga dan kawan-kawan pun makin terasa bila kita seorang diri. Saya buat lagu angkat selepas setahun saya hidup sendiri.

“Kawan-kawan rapat saya pun cakap saya lebih berjaya lepas putus cinta. Mereka kata saya perlu putus dalam hubungan dulu barulah saya bangkit,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran lagu NARA, pada Rabu.

Dalam masa sama, penyanyi lagu Angkat itu menyifatkan setiap individu tidak perlu bimbang untuk hidup sendiri sebaliknya mengambil peluang tersebut untuk lebih menghargai diri.

“Saya tidak rasa apa-apa bila tengok orang lain ada keluarga sendiri. Saya tidak rasa jadi single itu satu kesalahan.

“Bagi saya, inilah masanya untuk ada kehidupan sendiri. Banyak perkara baik yang perlu saya syukuri,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Mimi muncul dengan single baharu berjudul Nara yang diinspirasi daripada legenda Puteri Gunung Ledang untuk sebuah permainan video, Honor of Kings.

Sumber: UTUSAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Biar Orang Nak Kata Apa’ – Fatiya Latiff Tolak ‘Buat’ Semula...

0
PETALING JAYA – Pelakon Fatiya Latiff enggan tunduk dengan desakan segelintir netizen yang menyarankannya menjalani rawatan kecantikan di Korea Selatan, sebaliknya menegaskan bersyukur dengan...

CATEGORIES