Monday, August 10, 2026
HomeHIBURANLoghat Utara Afgan ‘Histeria'kan Penang

Loghat Utara Afgan ‘Histeria’kan Penang

BAYAN LEPAS – Gegak gempita jadinya Spice Arena Pulau Pinang apabila penyanyi terkenal Indonesia, Afgan bertutur dalam loghat Utara dalam Konsert Afgan Live In Penang yang berlangsung malam tadi.

Afgan membuka bicara dalam konsert yang dihadiri 6,500 penonton dengan mencuba bertutur dalam loghat Utara.

“Hangpa semua apa habaq? Dah minum ayaq ka belum? Aku cinta hangpa semua,” katanya sekali gus mencetuskan jeritan ribuan peminat yang bagaikan terkena ‘histeria’.

Tambah Afgan lagi, dia baru sahaja belajar loghat Utara sebelum bermulanya acara yang disifatkan konsert terbesar dalam sejarah hidupnya sebagai seorang penyanyi.

“Ini adalah kali pertama saya ke Pulau Pinang dan anda menjadi saksi dan merupakan sebagian daripada konsert terbesar dalam hidup saya. Terima kasih kepada anda semua,” ujarnya.

Mungkin disebabkan kali pertama beraksi Pulau Mutiara, rata-rata terkesima menyaksikan
Afgan depan mata. Setiap gerak geri dan kata-katanya disambut sorakan dan jeritan ramai.

Malah aksinya sedang minum air pun mendapat jeritan daripada penonton. Begitulah hebatnya penangan Afgan.

Dalam konsert yang berlangsung selama dua jam, Afgan menyampaikan 22 buah lagu termasuk seleksi hit, Bukan Cinta Biasa, Terima Kasih Cinta dan Jodoh Pasti Bertemu.

Dia turut menyampaikan dua buah lagu ikonik Malaysia nyanyian idolanya, Ku Mohon daripada Datuk Sheila Majid dan Bukan Cinta Biasa dendangan asal Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Turut diundang membuat persembahan pembukaan penyanyi popular tempatan, Hazama yang menyampaikan dua buah lagu.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Andai Allah Tetapkan 10 Tahun Lagi Baru Dapat Anak, Saya Terima’...

0
KUALA LUMPUR – Belum dikurniakan cahaya mata selepas hampir lima tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Haqiem Rusli enggan terlalu memikirkan soal berkenaan selain menyerahkan...

CATEGORIES