Tuesday, January 13, 2026
HomeHIBURAN‘Langsung Tak Tanya Khabar, Minta Dijauhkanlah Manusia Macam Ini’ - Nadia Brian

‘Langsung Tak Tanya Khabar, Minta Dijauhkanlah Manusia Macam Ini’ – Nadia Brian

PETALING JAYA – Baru sembuh akibat jangkitan Influenza A, pelakon jelita Nadia Brian menyimpan rasa terkilan dengan sikap segelintir individu terdekat yang langsung tidak mempedulikan keadaannya ketika dalam keadaan memerlukan sokongan.

Nadia atau nama lengkapnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 34, berkata ada dalam kalangan rakannya yang langsung tiada inisiatif bertanya khabar walaupun hanya menerusi pesanan WhatsApp.

Melihat situasi dialami, pelakon Ratu Kala Jengking tidak berasa ralat seandai menjarakkan hubungan dengan golongan sebegitu.

“Langsung tak tanya khabar. Nak taip ‘get well soon’ pun susah kan? Sesuailah dengan kau, aku terus unfollow (nyah ikut).

“Anda bukan kawan saya, anda adalah musuh dalam selimut. Minta dijauhkan lah dengan sikap manusia macam ini,” katanya menerusi hantaran dalam laman sosial.

Begitupun, Nadia tidak mendedahkan pihak dimaksudkan mahupun memberi bayangan ‘rakan’ yang didakwa tidak menghiraukan keadaannya itu.

Bagai memahami luahan, ramai peminat menyokong tindakan pelakon drama Akulah Balqis itu memandangkan insan yang dianggap sahabat tiada rasa empati terhadapnya terutama pada situasi sukar.

Sebelum ini Nadia pernah berkongsi hantaran dalam platform Threads berkenaan kondisi kesihatannya akibat Influenza A.

Katanya, tekaknya turut berdarah selain mengalami batuk berpanjangan yang membuatkan ramai bersimpati dengannya.

Sebagai info, jangkitan Influenza A yang mengakibatkan demam juga menyebabkan pesakit mengalami simpton lain termasuk sakit sendi.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Keluarkan Barang Bukan Membabi Buta, Itu Nasihat Daripada Peguam’

0
SHAH ALAM – Penyanyi sensasi Nubhan mengakui memiliki alasan yang kukuh mengapa dirinya bertindak mengeluarkan barang-barang milik bekas isterinya, Dr Afifah dari kediamannya baru-baru...

CATEGORIES