Thursday, July 2, 2026
HomeHIBURANTerlepas Pandang Bukan Alasan, Michael Ang Berang Sikap Cuai Kru Produksi

Terlepas Pandang Bukan Alasan, Michael Ang Berang Sikap Cuai Kru Produksi

PUCHONG – Pengarah Michael Ang meluahkan rasa terkilan dengan segelintir kru produksi yang mengambil mudah soal pengurusan jadual sehingga menyusahkan ramai pihak, terutamanya pelakon.

Menurut Michael, 50, sikap tidak bertanggungjawab sebegitu sering menjadi punca dirinya hilang sabar di set penggambaran.

“Dalam produksi ada macam-macam perangai kan. Jadi, selalu orang dengar Michael Ang garang tapi sebenarnya mereka tak sedar diri.

“Tapi sebenarnya kesalahan dia yang menyusahkan ramai hidup orang termasuk artis-artis semua.

“Kita penggambaran di Sekinchan dan kau suruh artis datang tapi dia tiada babak. Bila tanya kau cakap terlepas pandang.

“Saya memang nak haramkan perkataan terlepas pandang itu, bukan sekali dua — dah banyak kali. Pernah jadi dalam set ini, geram sangat sebab itu saya muat naik,” katanya kepada Kosmo! Online semasa lawatan media ke set penggambaran drama Wish List, hari ini.

Meskipun marah, pengarah filem Kimchi Untuk Awak itu terpaksa menahan sabar demi memastikan kelancaran penggambaran.

“Benda itu nak tak nak sebagai pengarah atau penerbit, kita telan saja sebab kalau marah lebih-lebih dan halau dia kena buat semua balik.

“Jadi telan saja kerja dengan dia sampai habis. Selepas itu padam saja macam orang itu tak wujud.

“Kalau jumpa dekat luar pun buat macam dia pokok. Senang,” ujarnya.

Tambahnya, memaki hamun atau memarahi individu bermasalah hanya akan menambah beban kewangan produksi.

“Sama juga macam pelakon yang tak berdisiplin, saya pun layan macam itu.

“Ada saja pelakon yang saya pernah ‘direct’ dan tak guna dah selepas itu.

“Kalau saya maki dan dia lari, lagi menyusahkan. Saya kena keluar duit dan buat penggambaran semula, lagi seksa.

“Lebih baik saya senyap saja, buat penggambaran sampai habis dan selepas itu tak perlu guna lagi,” jelasnya.

Semalam, Michael memuat naik hantaran dalam Instagram meluahkan kemarahannya berkenaan drama di set penggambaran.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Gerak Khas 2.0 Beri Nafas Baharu Buat Francais Drama Polis Ikonik...

0
KUALA LUMPUR, 30 JUN 2026 – Selepas lebih dua dekad mencipta sejarah dalam landskap drama tempatan dan lima tahun meninggalkan kerinduan dalam kalangan peminat,...

CATEGORIES