Tuesday, September 8, 2026
HomeHIBURAN5 Hari Tak Makan, Aliff Syukri Lega Dapat Semula Buat Live TikTok...

5 Hari Tak Makan, Aliff Syukri Lega Dapat Semula Buat Live TikTok – “Saya Rasa Down Sangat…”

Usahawan sensasi iaitu Datuk Seri Aliff Syukur akhirnya dapat menarik nafas lega apabila dia dapat kembali membuat siaran langsung atau ‘live’ di TikTok miliknya selepas lima hari disekat.

Menerusi hantaran di Threads, Aliff mengakui dia tidak lalu untuk makan dan berasa tertekan sepanjang lima hari TikTok disekat.

“Ya saya kembali selepas lima hari tak love. Syukur Alhamdulillah kepada pengurus TikTok saya, Qaisara yang membantu saya untuk mendapatkan balik saya punya TikTok.

“Jujurnya lima hari saya tak nak makan, saya tak fokus dan saya rasa down sangat tapi rezeki saya Allah nak tolong saya,” kata Aliff.

Pada hantaran yang sama, Aliff juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong dan memberi kata semangat kepadanya ketika dirinya tertekan.

“Terima kasih yang sokong saya, terima kasih yang banyak memberi semangat kepada saya ketika saya jatuh now I’m back,” katanya lagi.

Terdahulu, isteri kepada Aliff iaitu Datin Seri Shahida menafikan dakwaan sekatan siaran langsung akaun TikTok suaminya disebabkan penggunaan rakaman pra-rekod.

Sekatan itu dipercayai berlaku kerana anak mereka, Yusoff, muncul dalam siaran langsung tanpa pengawasan orang dewasa.

Aliff Syukri meluahkan rasa sedih apabila akaunnya disekat daripada membuat siaran langsung selama lima tahun sehingga 15 Julai 2031.

Sumber – Threads

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Letusan Anak Krakatau Jejas 170,000 Penumpang, 8 Lapangan Terbang Ditutup

0
JAKARTA - Lapan lapangan terbang di Indonesia masih ditutup setakat awal pagi Isnin susulan penyebaran abu gunung berapi daripada letusan Gunung Anak Krakatau ,...

CATEGORIES