Wednesday, September 23, 2026
HomeHIBURAN'Kemurungan, Bila Isteri Telefon Saya Tak Sedar' – Aiman Hakim Ridza

‘Kemurungan, Bila Isteri Telefon Saya Tak Sedar’ – Aiman Hakim Ridza

KUALA LUMPUR – Menggalas peranan utama dalam drama bersiri Astro Originals, Bad Copmendorong pelakon Aiman Hakim Ridza melalui fasa kemurungan yang teruk sepanjang menjayakan watak tersebut.

Menurut Aiman, 36, cabaran melakonkan watak kembar sebagai Emir dan Imar memberi tekanan hebat sehingga mengganggu kestabilan emosinya malah hampir menyerah kalah sebelum penggambaran selesai.

“Sangat teruk (kemurungan) tapi bukan ke arah bunuh dirilah. Saya jadi gelisah sebab sangat mengganggu kerana saya tidak datang dari latar belakang watak itu.

“Bila telefon isteri saya, saya tak sedar saya tengah bercakap dengan watak imaginasi.

“Saya berkata kepadanya bahawa saya sudah tidak tahan dan ingat nak cabut sebenarnya daripada set penggambaran. Secara mental, saya benar-benar keletihan,” katanya ketika ditemui pada tayangan perdana drama  terbabit di TGV KLCC, di sini, semalam.

Bagaimanapun, suami kepada pelakon Zahirah MacWilson itu bersyukur mempunyai isteri dan anak-anak yang menjadi kekuatan utama dalam memulihkan kembali keadaan mentalnya.

“Selalunya boleh buang dengan automatik tapi kali ini memberi kesan. Alhamdulillah, saya ada anak dan isteri yang banyak membantu untuk memulihkan kembali mental saya.

“Isteri tenangkan saya dan suruh saya solat dan rehat. Dia minta saya bercakap dengan pengarah, Jason Chong dan penulis, V Kavivarmen.

“Saya jumpa balik tuan yang ‘mengisi’ watak dan mereka bantu menenangkan diri saya,” ujarnya lagi.

Bad Cop yang merupakan adaptasi daripada siri jenayah popular Jerman pada tahun 2017 ditayangkan bermula 19 Disember di Astro Citra dan Astro Ria.

Selain Aiman, siri arahan Jason Chong tersebut turut dibarisi bintang popular seperti Siti Saleha, Harvinth Skin, Razib Salimin, Tony Eusoff, Whulandary Herman, Melissa Campbell dan Alvin Wong.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Regu Berpasukan Negara Mara Ke Separuh Akhir Sukan Asia

0
NAGOYA - Skuad sepak takraw negara mara ke separuh akhir acara regu berpasukan Sukan Asian Aichi-Nagoya 2026 sebagai juara kumpulan B, sekali gus meneruskan...

CATEGORIES