Friday, April 17, 2026
HomeHIBURANKareena Kapoor Sanggup Bayar RM6,000 Sebulan Untuk Pengasuh

Kareena Kapoor Sanggup Bayar RM6,000 Sebulan Untuk Pengasuh

Untuk kesejahteraan anak, pelakon Kareena Kapoor sanggup mengeluarkan belanja besar untuk hanya untuk membayar gaji pengasuh anaknya.

Isteri kepada aktor Saif Ali Khan itu menggaji pengasuh anaknya, Lalita D’Silva, melebihi gaji kakitangan kerajaan iaitu mencecah RM6,000 sebulan.

Isu jumlah bayaran upah kepada pengasuh berpengalaman ditanya seorang hos popular, Arbaaz Khan kepada Kareena pada sebuah program televisyen.

Katanya, kebajikan dan kesejahteraan Taimur Ali Khan yang kini sudah berusia tujuh tahun tidak boleh diukur dengan wang ringgit.

Biarpun tidak mengesahkan angka dibayar kepada wanita terbabit, daripada perbualan itu jelas menunjukkan khabar angin mengenai gaji besar kepada pengasuh terbabit benar.

Difahamkan RM6,000 hanyalah gaji pokok, belum termasuk bayaran kerja lebih masa dan tuntutan perjalanan mahupun upah tugasan sampingan.

Sumber : Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Global Sumud Flotilla 2.0 Aktifkan ‘Live Tracker

0
PETALING JAYA – Pergerakan Global Sumud Flotilla yang kini dalam perjalanan membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza mengumumkan sistem penjejak masa nyata (live tracker) mereka...

CATEGORIES