Tuesday, May 26, 2026
HomeHIBURAN‘Kalaulah Saya Tahu Nikmatnya Begini, Saya Dah Pakai Tudung Awal’

‘Kalaulah Saya Tahu Nikmatnya Begini, Saya Dah Pakai Tudung Awal’

PETALING JAYA – Selepas mengambil keputusan berhijrah, pelakon Zila Bakarin mengakui tidak menyesal membawa imej seksi yang pernah menarik perhatian ramai suatu ketika dahulu.

Dalam masa sama, Zila atau nama asalnya Rosmawati Bakarin, 49, bersyukur masih diberi peluang untuk berubah menjadi muslimah lebih baik terutama dari segi penampilan diri.


“Mungkin kalau dahulu saya bertudung, sekarang hati saya terdetik ‘kan seronok dapat warna rambut, pakai skirt pendek macam orang itu’.

“Saya pernah lalui zaman itu semua, dah merasa. Jadi, bagi saya syukurlah Tuhan masih beri saya peluang untuk terus baiki diri,” katanya dalam sebuah siaran langsung.

Berkongsi lanjut, Zila mengakui pernah berasa tidak selamat untuk keluar memandangkan pakaiannya yang terdedah.

“Sampai satu tahap saya rasa nak keluar pun tak selamat.

“Dulu sebut sahaja Zila Bakarin, orang mesti tahu punya dahsyat dalam berpakaian tetapi sekarang alhamdulillah saya selesa macam ini,” ujarnya lagi.

Selain itu, pelakon filem Syaitan Munafik itu seronok menjalani kehidupan sekarang yang lebih tertutup.

“Saya tidak sempurna tetapi sekurang-kurangnya saya diberi kesempatan untuk itu.

“Saya gembira dengan kehidupan sekarang,” jelasnya.

Sebelum ini, Zila yang terkenal dengan imej seksi dilaporkan semakin tenang menjalani kehidupan selepas mengambil keputusan mengenakan hijab pada 2020.

Sumber -KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

PSM Tuntut Istaf Ambil Tindakan Keras Terhadap Thailand

0
PERSEKUTUAN Sepaktakraw Malaysia (PSM) menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap Thailand susulan insiden meninggalkan gelanggang ketika final acara berpasukan pada Piala Dunia Sepak Takraw 2026...

CATEGORIES