Friday, May 15, 2026
HomeHIBURAN‘Kalau Sudah Jujur, Tidak Perlu Takut’

‘Kalau Sudah Jujur, Tidak Perlu Takut’

BAIM Wong, satu nama yang sudah kukuh dalam radar seni Indonesia dan Malaysia.

Kerjayanya memuncak selepas membintangi deretan drama popular. Hari ini, dia bukan sahaja selebriti tetapi juga ahli perniagaan, pencipta kandungan dan terbaharu, pengarah filem.

Tatkala namanya memuncak di Indonesia dengan kemelut rumah tangga yang masih belum bertitik noktah, Baim mengalih perhatian peminat di Malaysia menerusi naskhah pertama arahannya, Lembayung.

Memilih genre seram yang pada asalnya bukan minat utama, pemilik nama penuh Muhammad Ibrahim itu tidak pernah terbayang bergelar pengarah filem seram.

“Sebenarnya tidak pernah terfikir untuk mengarahkan filem seram sebab penampakannya selalu aneh-aneh dan saya tak percaya dengan elemen mistik.

“Namun, filem ini diadaptasi daripada kisah sebenar dan penampakan elemen seram masih dalam bentuk manusia, jadi saya okey,” katanya kepada HibGlam baru-baru ini.

Meski tidak meminati genre seram, aktor berusia 43 tahun itu nekad mengarahkan Lembayung kerana yakin akan mendapat sambutan pencinta filem.

“Pertamanya, filem seram mempunyai kelompok peminat yang besar dan pasti akan dapat sambutan.

“Kemudian, hari ini terlalu banyak filem seram dihasilkan. Ada filem yang mudah diteka jalan ceritanya namun untuk Lembayung, saya hasilkan dengan cara berbeza.

“Dalam Lembayung, saya gabungkan tiga elemen iaitu drama, thriller dan seram. Sangat sulit menggabungkan tiga elemen tersebut untuk menjadi sebuah naskhah,” ujarnya.

Dalam masa sama, dia amat berpuas hati dengan setiap hasil kerja dan komitmen pelakon yang terdiri daripada Arya Saloka, Taskya Namya, Yasamin Jasmen serta aktres kelahiran Malaysia, Anna Jobling.

BAIM memuji komitmen lakonan Anna Jobling (tengah) dalam filem Lembayung. – SYAKIR RADIN

Paling membuatkannya kagum dengan bakat dimiliki Anna ialah ketika melakonkan beberapa babak yang dianggap sukar tetapi disempurnakan aktres itu sekali sahaja.

“Setakat ini ramai memberi respons positif malah reaksi penonton di Indonesia serta Malaysia juga sama. Para pelakon filem ini juga sudah memberikan yang terbaik lebih-lebih lagi Anna.

“Ramai ‘underestimate’ (pandang rendah) dengan kemampuan dia, jadi filem ini membuktikan kemampuannya sebagai seorang aktres. Itu juga hasil latihan dengan guru lakonan di sana.

“Dia pelakon baharu tetapi ada potensi yang sangat besar. Komitmen yang diberikan untuk Lembayung sangat hebat dan di luar jangkaan saya,” katanya yang tidak mengenali Anna sebelum sesi uji bakat.

ANAK merupakan prioriti Baim Wong walau apa pun terjadi dalam perkahwinannya selepas ini.

Sumber –  KOSMO! ONLINE 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Hukuman Gantung Pemuda Bakar Kekasih Hamil Diganti Penjara 40 Tahun, 12...

0
PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini menggantikan hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan terhadap seorang pemuda membunuh dan membakar kekasihnya yang hamil...

CATEGORIES