Tuesday, July 28, 2026
HomeHIBURAN‘Kahwinilah Pemberi Rezeki, Lelaki Bertanggungjawab’ - Kaka Azraff

‘Kahwinilah Pemberi Rezeki, Lelaki Bertanggungjawab’ – Kaka Azraff

PETALING JAYA – Minta diberi ruang selepas difahamkan sudah bercerai, penyanyi Kaka Azraff menzahirkan pandangan mengenai mengenai lelaki bertanggungjawab menerusi petikan dalam media sosial.

Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, berkata, ciri lelaki patut dikahwini seorang wanita adalah mereka yang mampu memenuhi keperluan isteri.

“Kahwinilah seorang lelaki yang menjadi pemberi rezeki. Seorang yang menjadi pemberi rezeki dalam keluarga tidak bermakna dia perlu banyak duit, tetapi cukup jika tahu tanggungjawab.

“Apabila dia tahu akan tanggungjawab, dia sanggup memastikan gunung-ganang turut bergerak demi memenuhi keperluan anda.

“Lelaki bertanggungjawab adalah lebih bagus berbanding lelaki yang kaya tetapi tidak pandai menghargai,” katanya.

Pada 28 Oktober lalu Kosmo! melaporkan Kaka, 35, dan suaminya, Adam Azriff, 30, bercerai talak satu yang difahamkan dilakukan secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Bukan Hal Aku itu ketika dihubungi belum sedia untuk memberikan sebarang kenyataan berhubung perceraian tersebut.

Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aslan, 5, dan Aryan, 3, dan Atta Adam, 15 bulan.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Saya Hanya Letak Tanda Koma Terhadap Kerjaya Lakonan Saya – Syatilla...

0
KUALA LUMPUR: Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin menegaskan dia tidak meninggalkan kerjaya lakonan sepenuhnya, namun, hanya memperlahankan karier tersebut buat sementara waktu. Syatilla atau Siti...

CATEGORIES