Monday, October 12, 2026
HomeBERITA11 Buah Motosikal Parkir Di Garaj Musnah Terbakar

11 Buah Motosikal Parkir Di Garaj Musnah Terbakar

GEORGE TOWN – Sebanyak 11 buah motosikal musnah dalam satu kebakaran melibatkan sebuah garaj yang menyimpan kenderaan tersebut di Lengkok Kampung Jawa 2, Bayan Lepas, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.51 pagi itu, sebuah lori turut dilaporkan terbakar dan tiada mangsa atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihak bomba terus bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan mengenai kejadian itu.

”Apabila pasukan bomba tiba di tempat kejadian didapati terdapat kebakaran garaj motosikal (kelas C) dengan anggaran kemusnahan semasa 90 peratus.

“Kebakaran turut melibatkan 11 buah motosikal dengan anggaran peratusan kemusnahan 90 peratus, turut terbakar ialah sebuah lori dengan anggaran peratusan kemusnahan 10 peratus,” katanya di sini hari ini.

Sumber -Kosmo! Online

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

5 Fakta Menarik Yang Anda Tidak Tahu Tentang Menara Eiffel

0
Menara Eiffel ialah simbol ikonik Paris, dan terkenal di seluruh dunia kerana kecemerlangan seni binanya dan kepentingan sejarahnya. Walaupun siluetnya yang tersendiri di latar...

CATEGORIES