Thursday, May 7, 2026
HomeHIBURAN'Jiwanya Sudah Lama Menyerah, Tetapi Raganya Tetap Berjuang' – Elyana

‘Jiwanya Sudah Lama Menyerah, Tetapi Raganya Tetap Berjuang’ – Elyana

PETALING JAYA: Selesai menjalani rawatan kemoterapi kitaran ke lapan, perkongsian penyanyi, Elyana Emrizal sekali lagi menuai perhatian apabila dirinya seakan memberi bayangan sudah lelah melawan kanser limfoma yang dihidapnya.

Menurut Elyana, dirinya sudah lama menyerah, namun tetap harus berjuang melawan penyakit yang ditanggungnya sejak 2011 itu.

“Kitaram kemoterapi ke lapan. Jiwanya sudah lama menyerah, tetapi raganya tetap berjuang,” katanya di ruangan kapsyen Instagram (IG).

Menerusi hantaran tersebut, penyanyi lagu Kalis Rindu itu turut memuat naik fotonya ketika sedang menjalani rawatan tersebut di sebuah pusat perubatan.

Elyana bagaimanapun turut berkongsi luahan terpendam seakan tidak lagi mampu berpura-pura kuat untuk menempuhi segala perihal yang berlaku dalam hidupnya.

“Aku tidak sekuat itu, aku tidak seceria itu, aku tidak sesabar itu dan aku tidak boleh terus berpura-pura.

“Aku juga manusia sama seperti kamu. Bolehkah sesekali aku menangisi semua hal-hal berat yang terjadi di hidup ku?,” luahnya.

Terdahulu, Elyana mula menjalani rawatan kemoterapi untuk kanser limfoma yang dihidapinya sejak 2011 selepas melahirkan anak pertama.

Pada 2017, penyanyi lagu Tidak Tercapai Akalmu ini mengejutkan ramai apabila mendedahkan dirinya menghidap kanser selepas tersingkir daripada program Gegar Vaganza musim keempat (GV4).

Kemudian, penyanyi itu kembali menjalani rawatan kemoterapi pada awal 2026 selepas kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya dikesan aktif semula, meskipun pernah disahkan bebas kanser pada Disember 2021.

Sumber – Utusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Terlalu Banyak Benci Di Sini, Bagaimana Cara Kamu Dibesarkan?’

0
PETALING JAYA – Laman sosial bagai dijadikan gelanggang menghakimi orang lain, pelakon Nabila Huda menegur tindakan segelintir netizen yang terlalu obses untuk menyebarkan kebencian...

CATEGORIES