PETALING JAYA: Status rumah tangga pelakon, Redza Rosli, menimbulkan tanda tanya apabila isterinya, Bella Hanna, memuat naik sekeping gambar di Pejabat Agama Islam Hulu Langat pada Khamis.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Bella dilihat mengenakan pakaian serba hitam tanpa sebarang kapsyen, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan pengguna media sosial, lebih-lebih lagi apabila Redza tidak kelihatan bersama dalam gambar berkenaan.
Malah, ibu kepada seorang cahaya mata itu turut dilihat memegang dokumen berwarna putih, yang semakin menguatkan tanda tanya dalam kalangan netizen.
Utusan Malaysia telah cuba mendapatkan reaksi daripada Redza Rosli, namun panggilan dan mesej yang dihantar tidak mendapat sebarang respons setakat ini.
Untuk rekod, Redza dan Bella mendirikan rumah tangga pada 21 Jun 2024 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Aydrean Raedd, yang kini berusia enam bulan.
Sumber – UTUSAN





