Wednesday, June 10, 2026
HomeHIBURAN‘Ini Permulaan Untuk Segala-Galanya’ – Fazura Tamat Iddah

‘Ini Permulaan Untuk Segala-Galanya’ – Fazura Tamat Iddah

PETALING JAYA – Pelakon sensasi, Nur Fazura mengumumkan dia sudah tamat menjalani tempoh idah selepas sah bercerai talak satu dengan bekas suaminya, Fattah Amin pada 7 Oktober lalu.

Menerusi hantaran terbaru dalam Instagram, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, berkongsi fotonya berbusana serba putih.”The end of it all and the beginning of everything (Pengakhiran semua dan permulaaan segala-galanya),” tulisnya pada bahagian kapsyen beserta tanda pagar #enddofiddah.

Menerusi tinjaun, pelakon filem Dendam Pontianak itu juga dilihat sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram bekas suaminya.

Malah akaun Instagram Fattzuralovelife yang sebelum ini sering berkongsi rutin kehidupan mereka sekeluarga juga sudah dipadam.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang memberikan kata-kata semangat buatnya agar teruskan kehidupan dengan tenang.

“Alhamdulillah fokus pada karier dan anak sahaja selepas ini. Semoga yang indah dan baik sahaja di hari mendatang,” komen netizen.

Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.

Sumber – KOSMO ONLINE.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Cadang Tambah Bonggol Di Laluan Menurun Genting Highlands

0
PETALING JAYA – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing mencadangkan agar pihak berkaitan mengkaji untuk menambah kemudahan pengurang kelajuan termasuk...

CATEGORIES