Thursday, March 12, 2026
HomeHIBURANFattah Amin Nafi Bakal Nikahi Amira Othman 25 Mei Ini

Fattah Amin Nafi Bakal Nikahi Amira Othman 25 Mei Ini

PETALING JAYA – Pelakon sensasi Fattah Amin menafikan dakwaan sebilangan pihak bakal bernikah dengan penyanyi Amira Othman 25 Mei ini.

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 34, berkata, tarikh perkahwinan yang didakwa netizen itu tidak wujud sama sekali kerana hubungan mereka hanyalah atas dasar rakan kerja sahaja.

“Tarikh yang diperkatakan itu tidak ada pun. Rekaan semata-mata daripada peminat.

“Saya nafikan tarikh dan maklumat yang diuar-uarkan dalam media sosial. Kami tidak lebih daripada rakan sekerja sahaja,” katanya kepada Kosmo! Online semalam.

Dalam masa sama, pelakon yang cukup dikenali menerusi drama Keluarga Itu memuji sikap sopan dan merendah diri keluarga penyanyi Amira Othman termasuk adiknya, Irfan Haris.

“Dah pernah jumpa keluarga Amira dan mereka sangat ‘humble’ (merendah diri) dan sangat baik.

“Kalau tengok Irfan Haris itu pun bersopan santun,” katanya lagi.

Sebelum ini, Fattah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Amira selepas aktor berkenaan bercerai dengan pelakon Nur Fazura pada 7 Oktober lalu.

Fattah bercerai talak satu dengan Fazura pada 7 Oktober 2024 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

YKAT Bantu Sathiya Dapat Kaki Palsu, Pencen Bulanan RM500

0
PETALING JAYA – Prihatin dengan nasib pelawak Sathiya, Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) mempertimbangkan untuk menyenaraikan artis veteran itu sebagai antara penerima bantuan pencen...

CATEGORIES