Monday, May 18, 2026
HomeHIBURANEyka Farhana Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Secara Normal, Kongsi Nama Penuh ‘Baby...

Eyka Farhana Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Secara Normal, Kongsi Nama Penuh ‘Baby L’

Pelakon Eyka Farhana berkongsi berita gembira mengenai dirinya sudah selamat melahirkan bayi lelakinya pada 16 Mei lalu di sebuah pusat perubatan.

Menerusi perkongsian di laman sosial, Eyka meluahkan rasa syukur melalui proses melahirkan bayi sulungnya secara normal.

“MasyaAllah TabarakAllah, the most beautiful moment of my life happened on 16/5/26. Alhamdulillah, Baby L arrived safely through normal delivery,” katanya.

Kesakitan yang dialami hilang selepas melihat wajah anak kecilnya, Eyka turut berkongsi nama penuh putera sulungnya iaitu Muhammad Luay Khayr Muhammad Akhyar.

“Semua kesakitan hilang ketika Mama melihat wajah kecil awak sayang. Selamat datang ke dunia, my hero, Muhammad Luay Khayr Bin Muhammad Akhyar.

“You are so loved, so precious, and already the biggest part of our hearts, We love you more than words could ever explain” kongsinya.

Untuk info, Eyka mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid, pada 2 Mei 2025.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

52 Bot GSF 2.0 Berisiko Dipintas Di Perairan Cyprus

0
PETALING JAYA – Aktivis kemanusiaan Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman memaklumkan misi bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang sedang menuju ke Gaza kini...

CATEGORIES