Tuesday, July 28, 2026
HomeHIBURAN'Didenda SGD120 Kerana Anak Muntah Dalam E-Hailing Di Singapura' – Nabila Razali

‘Didenda SGD120 Kerana Anak Muntah Dalam E-Hailing Di Singapura’ – Nabila Razali

PETALING JAYA: Penyanyi, Nabila Razali tegas menafikan dirinya mempertikaikan kadar caj denda yang dikenakan terhadapnya selepas anaknya Nik Muhammad muntah di dalam e-hailing ketika bercuti di Singapura.

Menurut Nabila, tujuannya memuat naik perkongsian terdahulu sekadar untuk bertanya demi mendapatkan penjelasan susulan denda yang dikenakan agak tinggi sehingga mencecah SGD150 bersamaan RM474.27.

“Terima kasih kepada semua yang prihatin tentang keadaan anak saya dan juga kepada mereka yang menjelaskan caj tersebut dengan baik. Tetapi kepada yang mengatakan saya mempertikaikan caj itu. Saya cuma bertanya sahaja, semua. Bertenang ya.

“Sudah tentu saya terkejut kerana apabila saya mencari harga cucian kereta di Google, memang tidak mencecah SGD150. Jadi, secara semula jadi saya tertanya-tanya.

“Namun sekarang saya sudah faham bahawa caj tersebut turut merangkumi kehilangan pendapatan, bukan sekadar kos mencuci kereta semata-mata,” katanya menerusi sebuah hantaran di Threads.

Dalam masa sama, penyanyi lagu Peluang Kedua itu turut menegaskan tiada sebarang pergaduhan yang wujud selepas mereka dikenakan denda, sebaliknya menyelesaikan bayaran tersebut dengan aman.

“Untuk makluman, kami langsung tidak bergaduh atau mempertikaikannya. Kami terus membuat bayaran. Saya cuma ingin tahu dan memahami bagaimana caj itu dikira. Itu sahaja,” jelasnya.

Sebelum ini, Nabila menerusi sebuah hantaran di Threads bertanya kepada warganet mengenai harga servis cuci kereta di Singapura selepas terkejut dirinya dikenakan caj sebanyak SGD120 kerana anaknya termuntah di dalam kenderaan e-hailing yang dinaikinya.

“Hello orang Singapura, hendak tanya saja. Berapa harga untuk cuci kereta? Tadi Muhammad muntah dalam kereta. Orang grab itu kenakan caj bayaran kepada kami sebanyak SGD120. Mahal juga bayaran cuci di sini,” katanya.

Perkongsian itu bagaimanapun menimbulkan pelbagai respons dari kalangan netizen, malah ada yang mendakwa penyanyi itu mempertikaikan kadar bayaran yang dikenakan selepas isu tersebut timbul.

Sumber – Utusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Bukan Mudah Jaga Orang Tua Sakit, Cuma Mampu Menangis’ – Nubhan

0
PETALING JAYA – Penyanyi Nubhan mengakui menjaga orang tua sakit bukanlah tugas yang mudah sebaliknya memerlukan ketabahan yang tinggi. Menurut Nubhan atau nama lengkapnya Ahmad...

CATEGORIES