Sunday, May 17, 2026
HomeHIBURANDewi Perssik Rimas Jadi Fantasi Anak Belum Baligh

Dewi Perssik Rimas Jadi Fantasi Anak Belum Baligh

HAMPIR mencecah usia 40-an, kejelitaan dan keseksian penyanyi dangdut Dewi Perssik menjadi bahan pujaan ramai termasuk rakan anak angkatnya.

Menurut penyanyi Goyang Gergaji itu, ada dalam kalangan teman sekolah anak angkatnya,  Felice Gabriel yang baru berusia 17 tahun mengakui menyimpan gambarnya.

Malah mereka juga tidak segan silu meminta dipeluk andai datang ke rumah bertemu Felice sehingga dia berasa kurang selesa dan rimas dijadikan bahan fantasi remaja.

Menurut Dewi lagi, bagi menepis rasa kurang senang dia terpaksa berterus terang meminta semua rakan anaknya agar membuang gambarnya.

Kata penyanyi terbabit, dia sudah berulang kali berpesan kepada Felice supaya mengingatkan kawannya jangan terlalu obses.

“Ada teman anak saya yang obses sehingga simpan gambar dan mendedahkan mempunyai fantasi seks yang sangat memalukan.

“Saya tidak mahu mereka cenderung kepada perkara seperti itu. Jadi saya titipkan nasihat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sindiket Scam Antarabangsa Tumpas, Rampasan RM57.68 Juta

0
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket penipuan dalam talian antarabangsa yang beroperasi di kondominium mewah sekitar Lembah Klang dengan penahanan 187...

CATEGORIES