Thursday, March 12, 2026
HomeHIBURANKembali Jual Pai, Zahnita Padam Semua Hantaran Instagram

Kembali Jual Pai, Zahnita Padam Semua Hantaran Instagram

PETALING JAYA – Bekas peragawati juga pelakon, Zahnita Wilson, dilihat kembali aktif dalam akaun Instagram, namun telah memadam semua hantaran terdahulu.

Menerusi hantaran baharu yang dimuatnaiknya, Zahnita, 39, menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menunjukkan sokongan terhadapntya susulan pendedahan berdepan episod keganasan dalam rumah tangga, dipukul suami Isnin lalu.

“Assalamualaikum. Terima kasih di atas segala ucapan dan sokongan. Saya akan bersama anda tidak lama lagi.

“Tempahan untuk pai kini dibuka. I love you 3000,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Menerusi tinjauan, hantaran tersebut mendapat ratusan respons dalam masa yang singkat.

Rata-rata netizen memberikan  tanda ‘like’ tanda sokongan dan meninggalkan memberikan kata-kata semangat buatnya agar kuat meneruskan kehidupan.

Netizen juga dilihat mahu membeli pai yang dijual Zahnita agar ibu kepada empat orang anak itu dapat meneruskan kehidupannya bersama anak-anak.

“Kalian semua, tolong sokong bisnes dia untuk dia berjuang demi dirinya dan anak-anak. Kita nak Zahnita Kuliah Cinta kembali. Pernah makan pai dia. Memang sedap. Berbaloi,” komen netizen.

Terdahulu Isnin lalu Zahnita mengemparkan ramai apabila berkongsi foto matanya yang lebam akibat dipukul suami.

Susulan itu, suaminya telah ditahan reman selama tiga hari bermula Isnin lalu untuk membantu siasatan.

Zahnita juga dilaporkan dalam proses untuk menurut cerai daripada suaminya selepas 20 tahun hidup merana.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Buat Lagu Raya, Kena Ikut Peredaran Zaman, Trend Semasa’ – AC...

0
KUALA LUMPUR – Pengacara dan pelakon Datuk AC Mizal meminta orang ramai berlapang dada menerima perubahan dalam penghasilan karya kreatif terutama lagu raya ketika...

CATEGORIES